Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan Akan Ulangi Tragedi 13 Mei - Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 7:30 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa tindakan DAP mahu mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menimbulkan polarisasi kaum yang akhirnya boleh mengulangi tragedi berdarah 13 Mei. 

Beliau berkata DAP membuat 'kesilapan' dengan mempertimbangkan aspek penduduk bandar sebagai matlamat utama untuk mereka menang dalam pilihan raya dalam tempoh yang singkat. 

"Kita tidak boleh mempertimbangkan kemenangan politik dan penguasaan ekonomi satu pihak sahaja dalam sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum

"Kita tidak seharusnya mencadangkan sesuatu yang akan hanya menyebabkan ketidakstabilan, dan meluaskan lagi jurang antara penduduk bandar dan desa.

"Lebih buruk lagi, ketegangan sedemikian boleh mengakibatkan berulangnya tragedi 13 Mei, yang kekal sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara kita," kata Hadi dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

PAS sebelum ini sangat vokal dan menentang pilihan raya pihak berkuasa tempatan dengan menegaskan perkara tersebut tidak terdapat dalam polisi bersama pakatan pembangkang. 

Kenyataan Hadi itu dikeluarkan selepas berlaku perang mulut antara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke. 

Mustafa melabelkan DAP sebagai sebuah parti yang 'angkuh' kerana menuduh PAS melaksanakan hudud yang bertentangan dengan polisi bersama Pakatan Rakyat. 

Namun beliau dilaporkan berkata DAP sendiri melanggar prinsip bersama Pakatan Rakyat dengan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan. 

Pilihan raya pihak berkuasa tempatan pernah diadakan di Malaysia namun ia telah dimansuhkan pada 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan, dan sejak itu jawatan pemimpin pihak berkuasa tempatan ditentukan oleh parti yang memerintah sesebuah negeri. 

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan