K-Pop: Pakej Hiburan Pikat Hati Remaja

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 12:54 PM

KUmpulan EXO menjadi salah sebuah kumpulan K-Pop yang popular dan mempunyai jutaan peminat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: K-Pop berbeza dengan genre hiburan lain kerana tawarannya yang secara 'berpakej' seiring peredaran zaman, memenuhi citarasa dan jiwa generasi muda.

Malahan, K-Pop yang didatangkan dari Korea kini bagaikan satu fenomena. Sama seperti gelombang hiburan Bollywood yang digilai ramai sebelum ia lenyap sedikit demi sedikit dan diambil alih pula hiburan dari Indonesia.

Seterusnya, bertandang pula drama romantis dari Jepun dan Korea sebagai bahan hiburan hingga irama K-Pop menjadi siulan ramai dan melekat dihati anak muda.

"K-Pop datang dalam bentuk pakej yang memang dicari-cari golongan remaja terutamanya.

"Dalam K-Pop bukan setakat ada lagu dan muzik tetapi juga tarian, fesyen, rupa paras penyanyi yang kacak dan comel.

"Program-program realiti juga menjadi sebahagian daripada pakej yang menambah kekuatan dan daya tarikan terhadap hiburan genre ini," kata Pensyarah di Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Bukryman Sabri.

Bukryman Sabri

Menurutnya lagi, senario yang berlaku ketika ini hanya kesinambungan dari kegilaan ramai kepada Bollywood, artis seberang, kemudian Jepun dan Korea, dan terbaharu K-Pop.

"Dalam konteks demografik atau bila bercakap tentang rumpun Asia, sememangnya hiburan yang dibawa masuk ke sini senang diterima oleh masyarakat kita terutama remaja dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan," katanya.

Bukryman berkata, faktor seperti budaya, makanan, gaya hidup, adat resam, malah faktor fizikal yang hampir sama dengan masyarakat di negara ini dilihat menjadi sebab utama kenapa artis dan hiburan dari luar, khususnya K-Pop diminati ramai.

Berbicara dari segi teori sains dan pembelajaran sosial, katanya, situasi ketika ini membuktikan golongan remaja mudah terpengaruh dengan persekitaran, rakan-rakan dan media sosial.

Sebelum wujudnya media sosial, kecenderungan remaja terhadap genre hiburan dilihat tidak begitu tebal dan berlebih-lebihan sehingga terdorong untuk melakukan tindakan ekstrim atau luar kawal disebabkan keghairahan peminat.

"Input-input hiburan diterima dengan sangat mudah. Di mana-mana sahaja ada akses internet, kalau tidak melalui komputer, di telefon bimbit.

"Bermula dengan minat, lama-lama ia menyubur, menebal dan kemudian ia sampai ke tahap ekstrim atau fanatik," katanya.

Mengenai jangka hayat K-Pop, Bukryman meramalkan ia mampu kekal lama, dengan melihat pengukuhan industri hiburan di Korea.

Namun, beliau tidak bersetuju hayat K-Pop ditentukan oleh peminat di luar Korea, termasuklah Malaysia kerana jelas ia bergantung kepada penerimaan masyarakat dan peminat di Korea sendiri.

"Jika perkembangan industri hiburan di Korea kekal, tak menunjukkan apa-apa kemerosotan, sentiasa diterima dan berkembang, tak mustahil ia akan bertahan dalam tempoh yang lama.

"Tapi, di Korea muncul satu aliran muzik baharu, mungkin juga K-Pop ini akan terus hilang, seperti penyanyi Psy yang tiba-tiba meletup dan jatuh sekelip mata," katanya.

Mengulas kesan negatif yang mungkin ada dalam K-Pop, beliau berkata, secara keseluruhannya ia tidak memperlihatkan unsur negatif yang keterlaluan.

Malahan, katanya, K-Pop masih boleh dianggap sebagai hiburan yang dapat diterima oleh pencinta muzik bukan sahaja golongan remaja.

Namun, kebimbangan timbul apabila terdapat segelintir peminat Melayu dan beragama Islam, khususnya di kalangan gadis yang bertindak di luar batasan.

"Sebagai orang Melayu beragama Islam ada kekakangan dan batas untuk berhibur dan meminati sesuatu perkara.

"Ia berbeza dengan bangsa dan agama lain dan ini yang kita khuatir bila ada budaya luar masuk ke negara ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: K-Pop , Bollywood , genre hiburan , Bukryman Sabri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan