Nik Aziz Tidak Berhasrat Jalani Kemoterapi - Nik Abduh

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 8:54 PM

Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berhasrat menjalani rawatan kemoterapi bagi mengubati kanser prostat tahap empat yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh berkata ayahnya itu mengambil ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor bagi menggantikan rawatan itu.

"Ubat daripada jenis tablet itu diambil oleh ayah bagi menambah tenaga dan beliau menunjukkan reaksi positif daripada daripada pengambilan ubat tersebut.

"Alhamdulillah, ayah selesa dengan ubat ini walaupun tidak menjalankan rawatan kemoterapi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, Jumaat. 

Dalam pada itu, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada Jumaat berkenan melawat Nik Abdul Aziz di hospital.

Tengku Mahkota yang tiba pada 5.40 petang meluangkan kira-kira 15 minit bagi bertanyakan khabar kesihatan beliau.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Dr Johari Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk

Abdul Fattah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Dr Ramli Mamat.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke hospital Isnin lepas kerana tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Beliau merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan