Nik Aziz Makin Stabil - Nik Abduh

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 3:33 PM

Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semakin stabil.

Anak kelimanya Nik Mohamad Abduh berkata, perkembangan ayahnya menunjukkan reaksi lebih positif hari ini dan beliau semakin bertenaga.

Beliau berkata, buat masa ini, tiada sebarang keperluan untuk ayahnya dipindahkan ke wad biasa kerana rawatan di ICU adalah yang terbaik.

"Rawatan dan perkembangan ayah sentiasa mendapat pemantauan terbaik. Bila nak keluar wad, itu kita belum pasti, yang penting dia dirawat dan berehat secukupnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan di sinim Jumaat.

Beliau berkata, ayahnya juga turut dimaklumkan mengenai kemangkatan Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud, dan telah memberi respons seperti biasa dan bertanya sedikit sebanyak berhubung kemangkatan Raja Arab Saudi itu.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, Nik Abdul Aziz masih dapat mengingati beliau walaupun berada dalam keadaan tidak sihat.

"Saya juga difahamkan alat bantuan pernafasan juga telah dibuka," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit menziarahi Nik Aziz.

Mursyidul Am PAS itu, dimasukkan ke hospital Isnin lepas kerana tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, 84, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan dari 1990 hingga 2013.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan