MyEG: Sesi Khas Bersama Majikan Isnin Ini

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sesi khas bersama wakil majikan berhubung pelaksanaan proses memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing melalui sistem dalam talian MyEG Service Bhd (MyEG) akan diadakan di ibu pejabat jabatan itu di sini, Isnin depan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, wakil majikan yang berminat boleh menyertai sesi perbincangan dan penerangan yang dikendalikan pihak jabatan dan dihadiri wakil MyEG itu.

"Pada Isnin ini kita mengadakan sesi khusus untuk bertemu  majikan di Putrajaya. Bagi majikan yang ingin menyertai sesi 'engagement' (perbincangan) ini, kedatangan adalah dialu-alukan.

"Maklumat mengenai perkara ini telah diberitahu dan saya harap majikan dapat datang pada Isnin ini," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

mStar Online pada Rabu lalu melaporkan satu pertemuan bersama persatuan dan wakil majikan akan diadakan bagi meleraikan pelbagai persoalan berikutan pelaksanaan proses memperbaharui PLKS melalui sistem dalam talian MyEG.

Ia diputuskan sebulat suara selepas mesyuarat sektor operasi di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa lalu yang turut diwakili Jabatan Imigresen.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi berkata, pertemuan itu bagi memberi penerangan dan mempromosikan kaedah baharu permohonan PLKS melalui MyEG.

“Pertemuan dan perbincangan bersama persatuan dan wakil majikan ini untuk memberi penerangan mengenai kelebihan dan kebaikan kaedah baharu berbanding kelemahan menggunakan kaedah yang lama," katanya.

Pada Jumaat, Jabatan Imigresen memutuskan untuk membuka semula kaunter PLKS di jabatan itu dengan menyediakan perkhidmatan sepenuhnya bagi memperbaharui PLKS sehingga tamat tempoh peringkat pembuktian konsep (POC) terhadap pelaksanaan baharu melalui sistem MyEG pada 28 Februari ini.

Sebelum ini, jabatan itu memaklumkan pihaknya membuka perkhidmatan di kaunter hanya untuk kes tertentu seperti pekerja tinggal lebih masa.

Perkara itu diputuskan selepas mendapat rungutan daripada majikan mengenai pelaksanaan melalui sistem MyEG yang mengenakan caj RM38 bagi setiap permohonan, telah berkuat kuasa sejak 5 Januari lalu.

Tags / Kata Kunci: Imigresen , MyEG , Mustafa Ibrahim , PLKS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan