KWSP Benarkan Pencarum Terjejas Banjir Keluar Simpanan Akaun 2

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 7:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum yang kediaman mereka terjejas banjir baru-baru ini untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2.

KWSP dalam kenyataan di sini, Jumaat memaklumkan pencarum mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran perumahan berdasarkan prosedur semasa KWSP.

"Bagi ahli yang tidak pernah membuat pengeluaran perumahan dan berhasrat membina semula kediaman yang musnah akibat banjir boleh berbuat demikian dengan memohon Pengeluaran Membeli/Membina Rumah.

"Pengeluaran tersebut dibenarkan sekiranya rumah pertama telah dijual atau berlaku pelupusan pemilikan," menurut kenyataan itu.

Menurut KWSP, takrif pelupusan pemilikan bermaksud hilang pemilikan ke atas rumah pertama dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini atas beberapa sebab termasuk rumah musnah akibat bencana alam, kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Menurut KWSP, bagi melayakkan pengeluaran membina rumah kedua, pencarum perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau penghulu bahawa rumah pertama mereka yang dibeli atau dibina melalui Pengeluaran Perumahan KWSP telah musnah akibat banjir.

"Pihak KWSP akan membuat penilaian rumah dan mengesahkan jumlah yang diperlukan untuk membeli atau membina semula kediaman tersebut serta menyemak baki simpanan Akaun 2 ahli.

"Kelayakan untuk membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan," menurut kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP atau melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.

Tags / Kata Kunci: KWSP , pencarum , mangsa banjir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan