Kumaar Aamaan Tamat Mogok Lapar Berikutan Permintaan Palanivel

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 11:00 PM

Kumaar yang melancarkan mogok lapar duduk di lobi pejabat Pendaftar Pertubuhan di Purajaya sejak petang Khamis.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung MIC Datuk G. Kumaar Aamaan hari ini bersetuju menamatkan mogok lapar berikutan permintaan daripada presiden parti berkenaan Datuk Seri G. Palanivel.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Palanivel berkata beliau prihatin terhadap tindakan Kumaar Aamaan mengadakan mogok lapar di Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini, sejak petang semalam.

"Walaupun ia keputusan peribadinya, saya telah meminta beliau menamatkan mogok lapar demi imej MIC dan Barisan Nasional.

"Saya baru bercakap dengan beliau dan saya gembira kerana Kumaar Aamaan telah bersetuju dan akur dengan permintaan saya untuk menamatkan mogok lapar,"  katanya.
Sementara itu, Kumaar Aamaan yang terpaksa melakukan tindakan seumpama itu sebagai bantahan terhadap ROS, memberitahu pemberita bahawa beliau akan mematuhi kehendak presiden parti berkenaan.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan berkata beliau masih menghormati dan menerima nasihat Palanivel, namun berharap presiden parti itu  berbincang dengan pemimpin lain sebelum mengambil sebarang keputusan berkaitan parti tersebut.

"Saya hormati nasihat beliau demi kebaikan MIC dan mengucapkan terima kasih atas langkah positif yang diambilnya bagi menyelesaikan masalah MIC.

"Tetapi apa yang menyedihkan, saya selaku naib presiden parti, tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata beliau.

Kemelut MIC bermula apabila ROS pada 5 Disember lepas, meminta MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari selepas mendapati wujud salah laku dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada 30 November 2013.

ROS juga mengarahkan parti mengadakan pemilihan semula bagi beberapa bahagian selain menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga semua perkara itu selesai.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan