Kaji Kawasan Baharu Pusat Pemindahan Banjir - Panglima ATM

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 4:54 PM

Zulkifeli (kanan) menyampaikan sumbangan banjir kepada sebahagian daripada 32 keluarga yang kehilangan kediaman ekoran banjir dan diberi kediaman sementara pada Majlis Perasmian Penempatan Sementara Penduduk Terjejas Banjir di Kem Batalion Ke-3 Rejimen Askar Wataniah, Sungai Durian di sini, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Pusat pemindahan baharu dan lebih selamat perlu dikenal pasti sebagai persiapan menghadapi banjir besar pada masa akan datang, kata Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

"Berdasarkan banjir baru-baru ini banyak pusat pemindahan yang tenggelam kerana tumpuan kita pada masa itu hanya menjadikan sekolah sebagai tempat perlindungan atau pusat pemindahan," katanya kepada pemberita, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian penempatan sementara penduduk terjejas banjir di Kem Batalion ke-3 Rejimen Askar Wataniah di Sungai Durian, di sini.

Zulkifeli berkata, contohnya di Manek Urai Baru terdapat masjid dan klinik kesihatan yang tidak ditenggelami air dan terdapat hampir 1,000 mangsa yang berpindah ke situ.

"Jadi kalau kawasan ini dijadikan pusat pemindahan kita perlu reka bentuk dan menambah baik tempat ini," katanya.

Beliau berkata untuk itu, kawasan yang tidak ditenggelami air ketika banjir besar melanda negeri ini bulan lepas perlu dikaji untuk dijadikan pusat pemindahan baharu.

Zulkifeli berkata pihaknya kini sedang mengumpul maklumat daripada anggota ATM yang terbabit dalam banjir tersebut bagi mengenal pasti kelemahan yang dihadapi ketika banjir baru-baru ini.

"Hasil daripada maklum balas yang diterima akan dibawa ke peringkat pusat (ATM), seterusnya akan dijadikan panduan bersama dalam menentukan model prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi banjir akan datang.

"Kita sedar terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki pada masa akan datang terutama ketika berlaku bencana, kita menghadapi kesukaran untuk memasuki kawasan yang paras air begitu tinggi selain arus deras bagi menyampaikan bantuan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkifeli berkata pihaknya bercadang untuk menyediakan pusat perubatan di kem Sungai Durian itu khusus bagi memantau tahap kesihatan mangsa yang ditempatkan di situ.

"Kita juga telah membantu menyediakan pengangkutan bagi menghantar kanak-kanak di pusat sementara ini ke sekolah selain menyediakan bekalan makanan kepada mereka," katanya.

Sebanyak 138 orang daripada 32 keluarga dari sekitar jajahan Kuala Krai ditempatkan di kem berkenaan sejak 17 Dis lepas setelah rumah mereka musnah akibat banjir melanda negeri itu.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan