Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Ke Yaman

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 1:41 PM

Penduduk Yaman menyaksikan siaran langsung pengumuman peletakan jawatan presiden negara itu akibat tekanan politik semasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan ke Yaman memandangkan situasi di negara konflik itu masih tidak menentu.

Kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini turut menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman agar berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Sana'a di alamat Iran Street, Hadda, P.O. Box 16157 atau menerusi telefon (00) 967-1-429781/(00) 967-1-42978 (Fax: (00) 967-1-429783) atau e-mel di mwsanaa@kln.gov.my.

Kedutaan Malaysia di Sana'a sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang tinggal di sana, kebanyakannya pelajar, yang kini selamat dan ditempatkan jauh dari kawasan konflik.

"Kementerian sentiasa memantau rapat segala perkembangan yang berlaku di Yaman, khususnya di Sana'a," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga berkata kerajaan Malaysia mengalu-alukan perjanjian yang dicapai oleh kerajaan Yaman dan puak pembangkang pada Rabu.

"Kerajaan Malaysia berharap semua pihak akan menghormati perjanjian perkongsian damai yang diusahakan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan berusaha ke arah kestabilan politik dan keamanan yang berkekalan," katanya.

Kementerian berkata Malaysia juga menyeru semua pihak agar kekal komited terhadap hasil Persidangan Dialog Kebangsaan dan memuji usaha yang dilakukan Presiden Abd Rabbuh Mansour Hadi dan Duta Khas PBB, Jamal Benomar.

Tags / Kata Kunci: Yaman , Kementerian Luar , Sana'a

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan