MyEG: Imigresen Akur, Kaunter PLKS Beroperasi Semula

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen memutuskan untuk membuka semula kaunter di jabatan itu dengan menyediakan perkhidmatan sepenuhnya bagi memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing.

Sebelum ini, jabatan itu memaklumkan pihaknya membuka perkhidmatan di kaunter hanya untuk kes tertentu seperti pekerja tinggal lebih masa.

Perkara itu diputuskan selepas mendapat rungutan daripada majikan mengenai pelaksanaan baharu bagi sistem dalam talian MyEG Service Bhd (MyEG) yang telah berkuat kuasa sejak 5 Januari lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pada masa sama proses permohonan melalui sistem dalam talian MyEG tetap dibuka.

Bagaimanapun beliau berkata, hanya majikan yang dibenarkan  membuat permohonan di kaunter tanpa melibatkan ejen atau orang tengah.

"Kita buka semula kaunter serta-merta bermula hari ini sehingga habis tempoh POC (peringkat pembuktian konsep) bagi sistem MyEG pada 28 Februari ini.

"Dalam tempoh ini, majikan-majikan diberi peluang untuk membiasakan diri dengan proses permohonan PLKS secara dalam talian," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan mengenai rungutan wakil majikan mengenai pelaksanaan baharu sistem melalui MyEG yang dikenakan caj RM38 bagi setiap permohonan selain pengumuman yang dibuat 'secara mengejut', sekali gus membebankan mereka.

Wakil majikan turut mencadangkan supaya Jabatan Imigresen membuka semula kaunter PLKS di pejabat jabatan itu bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem MyEG selain dapat menilai keberkesanan sistem itu sepanjang tempoh POC.

Mustafa berkata, selepas tamat tempoh POC perkhidmatan permohonan PLKS secara dalam talian akan dilaksanakan sepenuhnya sekiranya semuanya berjalan lancar, dan kesesuaian pembukaan kaunter akan diputuskan kemudian.

Beliau turut memberitahu bahawa majikan yang datang ke kaunter akan diambil pengecaman biometrik (cap jari) bagi memastikan pekerja yang sah berkhidmat dengan mereka.

"Kita mahu memaklumkan kepada majikan-majikan supaya membawa dokumen lengkap untuk membuat permohonan di kaunter atau secara dalam talian," katanya sambil menambah antara sebab kaunter PLKS ditutup sebelum ini bagi mengelakkan majikan ditipu ejen atau orang tengah, selain terpaksa berhadapan dengan kesesakan di kaunter.

Beliau menambah, bagi majikan yang tidak mempunyai kemudahan internet masih boleh membuat permohonan secara dalam talian tanpa menggunakan ejen atau orang tengah.

"Mereka (majikan) boleh menghubungi penyedia perkhidmatan (MyEG) untuk datang ke pejabat mereka dan mengambil dokumen mereka dan membantu membuat permohonan secara dalam talian.

"Kita hendak memastikan tiada lagi ejen-ejen memanipulasikan majikan dan pekerja asing," katanya.


Tags / Kata Kunci: imigresen , PLKS , kaunter , MyEG

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan