JPJ Nafi Laporan Berita Tidak Tepat Kemalangan Maut Di Melaka

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 10:39 PM

Beginilah keadaan kereta Kancil yang terlibat dengan kemalangan maut di Melaka pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Jumaat menafikan laporan  sebuah portal berita yang melaporkan kemalangan maut melibatkan empat orang di Melaka disebabkan sebuah kereta diburu agensi penguatkuasaan itu.

JPJ dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan di Facebook rasminya  pada malam Jumaat menjelaskan, hasil siasatan pihaknya mendapati empat anggota JPJ yang menjalankan tugas rondaan telah terserempak dengan satu kemalangan dan  memberi bantuan  sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.

Kenyataan media itu menyebut, berikutan laporan berita yang kurang tepat berkenaan, anggota JPJ yang berada di tempat kejadian telah membuat laporan polis bagi menjelaskan situasi sebenar selain menafikan laporan berita berkenaan.

JPJ dalam Twitter mereka telah meminta sebuah portal berita menarik balik laporan berita yang tidak tepat.

“JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan,” kata kenyataan itu.

Agensi itu dalam Twitter mereka telah meminta sebuah portal berita yang menyiarkan berita tidak sahih itu menarik balik laporan berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Bernama melaporkan, empat sekeluarga maut setelah kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta lain di Kampung Bukit Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka petang Jumaat.

Mangsa ialah Ida Dollah, 46, yang memandu kereta berkenaan, dua anaknya Siti Rohana Abd. Ghafar, 23, dan Siti Rohani, 18, dari Kesang Laut, Muar, Johor serta ibu mentua Ida, Saimah Wahab, 77, dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu.

Seorang jurucakap bomba berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Ida dari arah Bandar Melaka dilanggar sebuah kereta Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Proton Preve yang datang dari arah belakang menyebabkan dua anak Ida, Siti Rohana dan Siti Rohani, yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Kejadian turut menyebabkan Ida, seorang pekerja kilang dan Saimah, yang duduk di tempat penumpang hadapan tersepit.  
Tags / Kata Kunci: JPJ , Maut

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan