Awas Perangkap Maut Di Tepi Jalan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 7:30 AM

Dhia Zhulaiqa, 3, bersama ibunya, Hadariani Kanda, 35, melintasi sebuah lurang yang tidak berpenutup berhampiran Jalan Putra Perdana di Puchong. -KAMARUL ARIFFIN/TheStar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lurang saluran pembetungan dan longkang yang tidak ditutup menjadi perangkap maut di beberapa jalan di kebanyakan bandar di Malaysia.

Lebih mengundang padah apabila lurang-lurang berkenaan ditenggelami air ketika banjir.

Kanak-kanak adalah yang paling berisiko dengan kes terbaharu membabitkan seorang budak lelaki berusia empat tahun, Law Bin Jian.

Dia tergelincir dan jatuh ke dalam sebuah lurang terdedah di SJK (C) Pei Min di Maran, Pahang pada Selasa lalu.

Ketika kejadian budak lelaki itu berjalan menemani ibunya yang juga seorang pembantu di kantin sekolah.

Bagaimanapun ibunya hanya menyedari selepas anaknya itu terjatuh.

Empat tahun lalu, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, Chua Soon Lee maut selepas terjatuh dalam lurang yang hampir sama di Inanam, Kota Kinabalu ketika membantu ibunya mencari besi buruk.

Setahun sebelum itu, seorang lagi kanak-kanak, Nur Fariqah Chandran yang berusia enam tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sebuah lurang tidak bertutup di sebelah taman permainan di Taman Puchong Indah, dekat sini.

Pihak berkuasa menyedari mengenai bahaya perangkap maut yang berpotensi di seluruh negara namun tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyalahkan pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri penutup lurang hingga membahayakan orang ramai.

"Penutup logam lurang sering dicuri dan kebanyakan kawasan yang mempunyai lurang pembetungan seperti itu berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran.

"Inilah sebabnya mengapa sesetengah majlis perbandaran menukar penutup lurang dengan bahan lain yang mempunyai daya tahan yang sama namun tidak mempunyai nilai jualan," katanya kepada The Star.

Pencuri biasanya mencuri penutup untuk dijual semula sebagai besi buruk.

Fadillah berkata kebanyakan lurang pembetungan tidakberada di jalan persekutuan dan bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) secara berterusan membuat semakan dengan syarikat konsesi bagi memastikan mereka sentiasa memantau keadaan lurang pembentungan.

Tags / Kata Kunci: Lurang Pembentungan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan