MyEG: Caj Bebankan Majikan

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 7:45 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Caj yang dianggap membebankan majikan menjadi isu utama yang diketengahkan pelbagai pihak yang mempertikaikan pelaksanaan proses memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) melalui sistem dalam talian MyEG Service Bhd (MyEG).

Oleh itu, usaha Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen untuk mengadakan sesi penerangan bukan sesuatu yang dinanti-nantikan semua pihak terlibat.

Malahan, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) tetap mempersoalkan kewajaran sistem dalam talian dikendalikan oleh MyEG, berbanding dilaksanakan kerajaan yang sudah tentu memberikan perkhidmatan secara percuma sekiranya mahu memudahkan majikan dalam membuat permohonan.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, melantik MyEG sebagai pengendali kaedah baharu permohonan sudah tentu akan dikenakan caj.

Dengan mengenakan caj RM38 bagi setiap permohonan, beliau mendakwa ia melibatkan kira-kira RM106 juta setahun berikutan terdapat 2.8 juta pekerja asing berdaftar di Malaysia.

"Bukan semua majikan tahu atau peka dengan keperluan perkhidmatan dalam talian. Jadi, adalah wajar sekiranya permohonan di kaunter turut dijadikan pilihan berdasarkan keperluan mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Pada Rabu, mStar Online melaporkan satu pertemuan di antara Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan MyEG bersama persatuan dan wakil majikan akan diadakan tidak lama lagi bagi meleraikan pelbagai persoalan yang timbul berikutan pelaksanaan memperbaharui PLKS melalui sistem dalam talian itu.

Portal berita ini juga telah  melaporkan mengenai kaunter permohonan PLKS di pejabat Imigresen yang dibuka untuk majikan membuat permohonan tetapi hanya melibatkan kes tertentu sahaja seperti masalah pekerja tinggal lebih masa dan disenaraihitamkan.

Pada masa yang sama, Shamsuddin turut mempersoalkan kewajaran pertemuan itu diadakan hanya selepas sistem dalam talian itu dikuat kuasakan kepada majikan sejak 5 Januari lalu.

Katanya, kerajaan sepatutnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu bersama pengguna iaitu wakil majikan dalam mendapatkan pandangan mahupun cadangan sebelum melaksanakannya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein pula berkata, pertemuan yang dicadangkan itu sememangnya dinanti-natikan kerana banyak kekeliruan dan tiada penjelasan yang tepat buat majikan mengenai sistem dalam talian melalui MyEG.

"Kita sedia hadir mendengar penerangan dan penjelasan mereka berhubung sistem baharu ini. Jika hendak diikutkan mereka sepatutnya mengadakan pertemuan dengan kita lebih awal supaya tiada masalah atau bantahan berlaku.

"Kita anggap ini sebagai tempoh percubaan untuk kerajaan melaksanakan sistem ini yang mungkin memberi kebaikan buat majikan. Itu perlu diperjelaskan dalam pertemuan itu nanti," katanya.

Menurut Engku Ahmad Fauzi, kerajaan perlu memberi kelonggaran dan lebih masa kepada majikan untuk memahami proses permohonan PLKS yang baharu.

"Kerajaan juga perlu menyediakan pilihan untuk memudahkan urusan permohonan dengan membuka semula kaunter untuk permohonan PLKS sepanjang tempoh itu.

"Selepas kerajaan sudah buat penilaian mengenai keberkesanan sistem ini, kerajaan boleh teruskan pelaksanaan kaedah baharu ini secara tetap.

"Jadikan pertemuan ini bukan sahaja sebagai medan untuk memberi penerangan kepada wakil majikan tetapi kerajaan juga perlu mempertimbangkan cadangan majikan," katanya.



iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan