Najib Tiba Di Zurich Untuk Menghadiri WEF Ke-45

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 8:22 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

ZURICH (Switzerland): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini lewat Rabu dari Kuala Lumpur untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-45, yang bermula Khamis.

Najib yang tiba pada 10.10 malam (waktu tempatan) di Zurich ExecuJet Terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich, disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor dan isteri Datin Anna Amalina Imam Baweh.

Najib yang menghadiri WEF buat kali kedua, mengetuai delegasi Malaysia pada forum tahun ini yang bertemakan 'Konteks Baharu Global'.

Najib dijangka menyampaikan mesej jelas, selain meletakkan asas yagn tepat ke arah merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN, selari dengan kepimpinan Malaysia dalam kumpulan serantau itu tahun ini.

Dianggotai 10 negara, ASEAN hari ini mempunyai lebih daripada 600 juta penduduk dengan gabungan keluaran dalam negara kasar US$2.4 trilion, menjadikannya ekonomi ketujuh terbesar dunia.

Selain Najib, ketua kerajaan atau negara yang telah mengesahkan penyertaan masing-masing pada forum yang berakhir pada 24 Jan itu termasuk Raja Abdullah II Jordan dan Perdana Menteri Itali Matteo Renzi.

Forum tahun itu berlangsung di Davos, resort pergunungan di Graubunden, di wilayah timur Alps Switzerland, terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Zurich.

WEF kali ini bakal menyaksikan lebih daripada 40 pemimpin dunia serta 2,500 peserta yang terdiri daripada pegawai eksekutif, cendekiawan akademik, pakar serantau, pembuat dasar selain pemimpin perniagaan dari 140 negara.

Najib juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri  Kazakhstan Karim Massimov, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu dan Perdana Meneri Belanda, Mark Rutte.

Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry.

WEF, yayasan yang ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan dan berpejabat di  Cologny, Geneva, ialah badan bebas antarabangsa yang komited untuk menyatukan pemimpin perniagaan, politik serta akademik, untuk kemakmuran dunia.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan