Tangguh PLKN: Kerajaan Tanggung Kos Operasi Kem

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengusaha kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi jaminan akan menerima bayaran bagi menampung kos operasi pada kadar minimum sepanjang tempoh penangguhan program itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara (PPKN), Datuk Seri Ahmad Kamil Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua  Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Mohmed Asri Yusof dalam pertemuan yang diadakan pada Selasa malam.

"Ketika ini, kami sedang mengendalikan pelatih PLKN dan mereka dijangka tamat latihan pertengahan Februari ini, manakala dua lagi sesi tidak akan dijalankan berikutan penangguhan yang diumumkan kerajaan.

"Bagaimanapun, kos operasi kem termasuk membabitkan gaji pekerja, utiliti dan kawalan keselamatan akan tetap dibayar dan ia tentunya melegakan kami," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri memaklumkan Hampir 10,000 kakitangan sama ada pekerja tetap atau kontrak di 81 kem PLKN seluruh negara tidak terjejas walaupun kem berkenaan ditangguhkan operasinya.

Kata Abdul Rahim lagi, pihak terbabit juga tidak perlu risau dengan penangguhan itu kerana ia bersifat sementara dan kerajaan tetap melindungi pendapatan mereka.

Pada Selasa, dalam perutusan khas perdana menteri tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Putrajaya, mengumumkan bahawa PLKN ditangguh tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Menurut Ahmad Kamil lagi, ketika ini, setiap kem mengendalikan purata 900 pelatih setahun dengan kos kira-kira RM3,200 untuk setiap pelatih sepanjang berlangsungnya program itu selama 72 hari.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya sedang merangka kertas cadangan kadar kos paling munasabah untuk dipertimbangan kerajaan dengan memberi tumpuan kepada kebajikan pekerja dan pengurusan serta operasi kem.

"Kertas cadangan itu akan diserahkan kepada JLKN minggu ini," katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan mencadangkan supaya 81 kem sedia ada diberi kebenaran untuk diguna sama untuk tujuan lain seperti kursus motivasi dan kegiatan riadah lain bagi memberi pendapatan kepada pengusaha.






Tags / Kata Kunci: PLKN , PPKN , Ahmad Kamil Ibrahim , JLKN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan