Lebih 5,000 Kakitangan Kementerian Kesihatan Terjejas Akibat Banjir

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 10:05 PM

S Subramaniam menyerahkan sumbangan peribadi beliau kepada Ketua Setiausaha kemanterian, Datuk Farida Mohd Ali sempena pelancaran Tabung Membantu Mangsa Banjir Kementerian Kesihatan di perhimpunan bulanan kementerian di Kompleks E, Putrajaya pada Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lebih 5,000 kakitangan Kementerian Kesihatan terjejas akibat banjir teruk yang melanda Pantai Timur baru-baru ini dengan jumlah kerosakan kemudahan kesihatan dianggarkan bernilai RM387 juta.

Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata beberapa rumah kakitangan kementerian itu turut dihanyutkan arus deras atau ditenggelami air dan kebanyakan barang milik mereka musnah.

"Ada di kalangan mereka berpindah ke pusat pemindahan manakala yang lain tinggal di rumah saudara mara.

"Walaupun dalam keadaan sukar, kami masih boleh berkhidmat kepada rakyat," katanya selepas pelancaran Tabung Membantu Mangsa Banjir Kementerian Kesihatan pada Khamis.

Dr Subramaniam memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 diikuti timbalannya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebanyak RM7,000.

Banjir yang berlaku pada 26 Disember lalu antara yang terburuk dalam sejarah yang pernah melanda beberapa negeri di Pantai Timur dan Perak.

Dr Subramaniam berkata kementerian itu tidak boleh menghubungi 60 peratus kakitangannya pada waktu banjir teruk di Kelantan berikutan terputus hubungan.

Kebanyakan mereka terperangkap di dalam hospital dan klinik.

Beliau berterima kasih kepada kakitangan kementerian itu yang bertungkus-lumus memberi rawatan kepada pesakit dan menyelamatkan peralatan dan ubat-ubatan bernilai jutaan ringgit daripada dihanyutkan arus banjir.

Katanya, kakitangan kementerian itu bekerja dalam semangat berpasukan termasuk kumpulan pakar yang hadir membersihkan klinik dan hospital.

Setakat ini, beliau berkata, 15 klinik komuniti, empat hospital, 108 klinik dan sebuah pejabat kesihatan rosak teruk.

Anggaran kerosakan dianggarkan bernilai RM387 juta.

Tags / Kata Kunci: banjir , Kementerian Kesihatan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan