Lindungi Anak Daripada Jadi Mangsa Pedofilia Di Media Sosial

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pedofilia yang dilaporkan secara meluas di internet membuatkan beberapa kumpulan wanita terpanggil untuk menggesa ibu bapa memantau interaksi media sosial anak-anak mereka dengan kerap bagi memastikan mereka selamat daripada pemangsa.


Presiden Pengerusi Voice of the Children (VoC), Sharmila Sekaran berkata ibu bapa perlu memastikan mereka bergerak seiring dengan teknologi supaya mereka mampu melihat potensi berlakunya sesuatu bahaya.

"Anda mungkin fikir bahawa seseorang pelaku pedofilia kelihatan mencurigakan, tetapi hakikatnya kebanyakan mereka mempunyai penampilan luaran yang menyerupai jiran-jiran anda yang peramah.


"Jika anak anda memberi maklumat peribadi kepada orang yang anda tidak dikenali dalam talian, pastikan anda melihatnya," katanya.

Sharmila berkata ibu bapa perlu berwaspada apabila terdapat sedikit maklumat tentang 'kawan online' anak-anak mereka, memandangkan pedofilia tidak mendedahkan sifat sebenar mereka di media sosial.

Pedofilia juga cenderung untuk menggunakan akronim dalam berkomunikasi untuk sesuatu permintaan yang tidak sesuai supaya kebanyakan orang dewasa tidak menyedarinya apabila membaca mesej-mesej yang disampaikan.

CNN telah menerbitkan satu senarai akronim untuk diteliti oleh ibu bapa yang merangkumi istilah seperti GNOC (berbogel di depan kamera) dan CU46 (melihat anda untuk seks).

Pegawai komunikasi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Kristine Yap berkata:

"Ibu bapa perlu menyedari aktiviti media sosial anak-anak mereka, tetapi mereka mesti memantaunya secara hormat dan sentiasa berwaspada terhadap tanda-tanda interaksi yang dilihat asing.

"Apa yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan anak anda mengenali tanda-tanda seorang yang berpotensi sebagai pemangsa dan supaya kanak-kanak berasa mahu mendapatkan bantuan daripada anda," katanya.

Jumaat lepas, seorang jurutera Malaysia berusia berusia 31 tahun mengaku mencabuli 31 mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun dalam tempoh tiga tahun di Singapura.

Lelaki itu telah berkawan dengan kanak-kanak lelaki di Facebook menggunakan persona yang berbeza, berbual-bual dengan mereka di laman web rangkaian sosial dan kemudian memujuk mereka untuk berjumpa dengannya.

Sementara itu, Sharmila dan Yap percaya bahawa ibu bapa perlu melebihkan penglibatan mereka dalam kehidupan anak-anak dan membuatkan mereka mahu bersuara tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

"Hari ini, ibu bapa tidak lagi berfikir apa-apa dengan memberikan anak-anak mereka gajet dan alat elektronik. Mungkin mereka merasakan ia meningkatkan status sosial mereka, tetapi mereka juga sebenarnya mendedahkan kanak-kanak untuk memberi perhatian kepada perkara yang  tidak perlu," kata Sharmila.

"Media sosial mudah diakses dan kanak-kanak akan sentiasa terlibat dengannya, jadi ibu bapa perlu menjadi penyelamat, dan sikap saling mempercayai akan memastikan perkara ini tidak berlaku," kata Yap.

Pegawai komunikasi Sisters in Islam Aliah Ali, bagaimanapun berkata pemantauan aktiviti kanak-kanak dalam talian hanya berkesan untuk tahap tertentu.

"Cara terbaik untuk melindungi anak-anak kita daripada pemangsa dalam talian adalah menyediakan pendidikan seks yang komprehensif, termasuk maklumat mengenai rogol berkanun, kuasa ketidakseimbangan antara orang dewasa dan kanak-kanak dan belajar bagaimana untuk mengenal pemangsa.

"Dengan cara ini, kita juga melengkapkan mereka dengan pengetahuan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai kelakuan mereka sendiri," katanya.

28 Akronim Di Internet Yang Patut Diketahui Ibu Bapa

1.  IWSN - I want sex now

2.  GNOC - Get naked on camera

3. NIFOC - Naked in front of computer

4. PIR - Parent in room

5 CU46 - See you for sex

6. 53X - Sex

7.  9 - Parent watching

8. 99 - Parent gone

9. 1174' - Party meeting place

10. THOT - That hoe over there

11.  CID - Acid (the drug)

12. Broken - Hungover from alcohol

13. 420 - Marijuana

14. POS - Parent over shoulder

15. SUGARPIC - Suggestive or erotic photo

16. KOTL - Kiss on the lips

17. (L)MIRL - Let's meet in real life 

18. PRON - Porn

19. TDTM - Talk dirty to me 

20. 8 - Oral sex

21. CD9 - Parents around/Code 9

22. IPN - I'm posting naked

23. LH6 - Let's have sex

24. WTTP - Want to trade pictures?

25. DOC - Drug of choice

26. TWD - Texting while driving

27. GYPO - Get your pants off

28. KPC- Keeping parents clueless

Sumber: CNN


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan