Qz8501: Penggera Amaran 'Berbunyi Kuat' Sebelum Terhempas - Penyiasat

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Penggera amaran dalam penerbangan  AirAsia Indonesia QZ8501 kedengaran 'berbunyi kuat' ketika juruterbang mencuba sedaya upaya untuk menstabilkan pesawat sebelum ia menjunam ke dalam Laut Jawa bulan lalu, kata seorang penyiasat kemalangan.

Bunyi beberapa penggera, termasuk satu yang menunjukkan pesawat itu dalam keadaan pegun, boleh didengar menerusi rakaman kotak hitam dalam kokpit pesawat Airbus A320-200 itu, kata penyiasat itu kepada AFP, meminta tidak mahu namanya disiarkan.

"Penggera amaran, kita boleh katakan, berbunyi, manakala suara latar belakang mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) sibuk mencuba memulihkan keadaan," kata penyiasat itu.

Penyiasat daripada Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Pengangkutan Indonesia (NTSC), menambah bahawa suara juruterbang ditenggelami oleh bunyi penggera yang kuat.

Pendedahan itu dinyatakan selepas Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berkata pesawat itu mendongak dalam keadaan luar biasa ketika ribut dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum terjunam ke dalam laut.

 "Pada minit terakhir, pesawat mendongak pada kelajuan yang luar biasa," kata menteri itu kepada pemberita.

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa dengan 162 penumpang dan anak kapal, dan setakat ini hanya 53 mayat dijumpai.

Ketua Jawatankuasa Tatang Kurniadi berkata laporan awal mengenai kejadian itu akan siap pada Selasa, sebulan selepas kemalangan.

Beliau berkata laporan penuh tidak akan didedahkan kepada umum, namun pihak media akan diberitahu sebahagian besar kandungannya.

Tags / Kata Kunci: QZ8501 , kotak hitam , kokpit

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan