Cuaca Semakin Baik, Banjir Di Sarawak Hampir Pulih

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 5:11 PM

Alfred Jabu.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Lebih banyak pusat pemindahan banjir dijangka ditutup pada Khamis berikutan cuaca yang diramalkan baik di Sarawak dalam dua atau tiga hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata tanda-tanda yang dikesan menunjukkan bahawa awan yang membawa hujan kini menghala ke arah laut, menjadikan banyak tempat di Sarawak pada Khamis mengalami keadaan cuaca yang lebih baik.

Beliau berkata rata-rata kejadian air yang bergenang di tanah Sarawak ketika ini membabitkan kawasan lembah, terutama di Limbang di zon utara Sarawak, yang berlaku apabila air dari hulu sungai bertemu dengan fenomena air pasang besar.

Katanya beliau amat berpuas hati dan berterima kasih dengan kerjasama semua pihak semasa melaksanakan tugas masing-masing dalam manjayakan misi membantu meringankan beban mangsa banjir.

Menurutnya ia bukan sahaja membabitkan agensi-agensi kecemasan yang terlibat secara langsung, tapi juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, banda-badan sukarela dan juga orang perseorangan. 

Bercakap kepada pemberita dalam persidangan media di Bilik Gerakan Banjir Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di Wisma Bapa, Petra Jaya, di sini pada Khamis, beliau berkata kecekapan pengurusan banjir negeri Sarawak juga adalah hasil persiapan rapi yang dibuat sejak di peringkat awal.

Tags / Kata Kunci: banjir , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan