QZ8501: Penyelam Temui Lima Mayat Terikat Di Kerusi Berhampiran Fiuslaj

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 2:14 PM

(Ubah saiz teks)

PANGKALAN BUN: Penyelam Indonesia pada Khamis menemui lima mayat yang masih terikat di tempat duduk masing-masing berhampiran bahagian utama pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu yang membawa 162 orang penumpang dan anak kapal.

58 mayat kini telah ditemui berikutan nahas penerbangan QZ8501 pada 28 Disember dalam cuaca ribut ketika ia terbang dari Surabaya ke Singapura.

"Penyelam kami menemui lima mayat terbenam dalam lumpur, berhampiran dengan fiuslaj pesawat. Mereka masih terikat di tempat duduk, " kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi  kepada AFP.

"Kami percaya mereka terpelanting jauh daripada fiuslaj, pada jarak 50 hingga 100 meter (160 kepada 330 kaki)," katanya.

Tiga mayat telah dibawa naik dan dibawa ke kapal perang Banda Aceh, manakala dua yang lain masih dalam proses, katanya.

Beliau menambah penyelam masih belum dapat sampai ke bahagian utama pesawat itu, yang dipercayai mengandungi sebahagian besar penumpang dan anak kapal, kerana jarak penglihatan di bawah air hanyalah dua meter.

"Tetapi memandangkan cuaca cerah dan jelas jadi kita optimis penyelam mungkin dapat sampai ke lokasi bangkai hari ini (Khamis)," kata beliau.

Bahagian badan utama Airbus A320-200 telah dikesan di dasar laut oleh kapal tentera minggu lalu tetapi arus kuat dan laut bergelora telah menghalang penyelam daripada sampai ke situ.

Kotak hitam pesawat yang mengandungi perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan ditemui minggu lepas dan penyiasat sedang menjalankan analisis.

Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan pada minggu ini berkata pesawat mendongak dengan kepantasan luar biasa cepat sebelum menjunam ke dalam laut.

Beberapa minit sebelum pesawat itu hilang dari radar, juruterbang meminta untuk meningkatkan ketinggian bagi mengelakkan ribut tetapi tidak segera diberi kebenaran.

Tags / Kata Kunci: AirAsia Indonesia , fiuslaj

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan