SFI Akan Dikekalkan - Idris

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 11:11 AM

St Francis Institution.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron meyakinkan ibu bapa kepada pelajar yang bersekolah di St Francis Institution (SFI) bahawa sekolah tersebut tidak akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan komersial.

Idris yang menghadiri perasmian kelas perbahasan Bahasa Inggeris anjuran sekolah tersebut pada Ahad berkata, kerajaan negeri komited dalam memelihara sekolah yang penuh dengan nilai sejarah itu.

"Apa-apa percubaan untuk mendapatkan struktur bangunan itu tidak akan dilayan oleh pentadbiran saya. SFI telah berada di Malaysia sejak 1880 dan ia adalah sebahagian daripada negeri ini," katanya.

Wujud kebimbangan mengenai sekolah tersebut yang akan dikehendaki untuk berpindah selepas Sekolah Tinggi Melaka menerima surat untuk penempatan semula pada 17 Julai tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SFI, Mak Chee Kin berkata, ia adalah kali pertama seorang Ketua Menteri menghadiri majlis di sekolah itu dalam tempoh 135 tahun.

"Saya memeriksa arkib sekolah tersebut dan tiada rekod ketua menteri menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah ataupun PIBG sekolah tersebut.

"Kebimbangan kami mengenai sekolah tersebut mungkin akan dirobohkan untuk tujuan projek pembangunan reda sedikit apabila kehadiran Ketua Menteri ke majlis ini," katanya.

Mak berkata kebanyakan ibu bapa yang menghadiri majlis tersebut turut menyuarakan rasa terkejut apabila Idris berjanji akan memelihara semua sekolah di negeri itu terutamanya sekolah di dalam tapak Warisan Unesco.

Idris bergegas ke majlis tersebut sebaik tiba dari Pekan Baru, Indonesia.

Difahamkan beliau turut menangguhkan temu jaji lain di Kuala Lumpur semata-mata untuk hadir ke majlis tersebut.

Tags / Kata Kunci: St Francis Institution , Idris Haron

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan