Pembangunan KLIA2 Berdasarkan Pelan Induk 2008 -MAHB

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 11:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, kegagalan memberi penjelasan terperinci mengenai Pelan Induk Lapangan Terbang Negara (NAMP) 2008, yang menjadi rujukan pembangunan klia2, telah menimbulkan maklum balas negatif ke atas pembinaan terminal syarikat penerbangan tambang murah (LCCT), termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). 

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, NAMP 2008 telah menggantikan Pelan Induk KLIA (1992), yang menyebabkan pandangan sesetengah pihak yang projek klia2 tidak mengikuti konsep asalnya, telah membawa kepada peningkatan ketara dalam kos pembinaan.

"Tentunya kita tidak menekankan ke atas NAMP 2008 secukupnya semasa mesyuarat PAC, tetapi saya memberikan penjelasan mengenai sesetengah isu berkaitan klia2 yang diketengahkah dalam laporan PAC," katanya kepada pemberita dalam satu taklimat di sini, Rabu.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, pembangunan KLIA 2, termasuk keputusan mengenai tapak adalah berdasarkan cadangan dalam NAMP 2008 selepas kajian komprehensif melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Kewangan dan semua syarikat penerbangan. 

Pelan asal telah dikaji semula bagi mengambil kira perkembangan terkini industri penerbangan seperti pertumbuhan syarikat penerbangan tambang murah dan keperluan khusus mereka.

Penjelasan itu dibuat ketika laporan PAC mengenai klia2 mengecam pengendali lapangan terbang itu kerana kegagalannya menimbang keperluan syarikat penerbangan bajet ketika membangunkan klia2.Dalam laporan yang dibentang di Dewan Rakyat pada akhir November, antara lain PAC merumuskan yang projek klia2 tidak mengikut konsep asal sebagai ganti LCCT dan menghasilkan terminal konsep hybrid berikutan peningkatan kos serta penambahbaikan yang tidak dijangka.

KLIA2 yang direka bentuk untuk menampung 45 juta penumpang setahun memulakan operasi pada 2 Mei tahun lepas dengan peningkatan kos daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion. 

Mengenai isu takungan air di apron parkir klia2, Badlisham berkata, MAHB menyambut baik pandangan pelbagai pihak, termasuk jawatankuasa audit bebas yang ditubuh untuk menyiasat perkara itu.Bagaimanapun, beliau memberi jaminan MAHB akan melakukan yang terbaik untuk menangani isu ini, termasuk melantik penasihat teknikal bebas untuk menilai keadaan tanah di sekitar terminal berkenaan.

Tags / Kata Kunci: KLIA 2 , MAHB

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan