PLKN Tangguh: Fokus Kepada Belia Yang Punyai Kemahiran Khas - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 6:25 PM

Hishammuddin Tun Hussein (kiri) melihat pesembahan dari pelatih Latihan Khidmat Negara (PLKN) negeri Kelantan ketika hadir merasmikan pelancaran Gelombang Sukarelawan 1Mindef bagi membantu mangsa banjir di Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa awal bulan ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditangguhkan tahun ini akan digantikan dengan program latihan yang memberi fokus kepada belia yang tidak ke universiti dan mempunyai kemahiran khas, jelas Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Khairy memuat naik status di laman Twitternya; “PLKN 2.0 memberi penekanan kepada kemahiran untuk belia yang tidak mengikut laluan ke universiti. Mereka akan diberi latihan khusus".

“Selain penangguhan, PLKN kini sedang dikaji semula pelaksanaannya oleh @1MinDef & @KBSMalaysia. Pasti PLKN 2.0 jauh beza dari yang asal".

Sementara itu Menteri Pertahanan, Datuk Hishammuddin Tun Hussain turut memberi respons mengenai 'tweet' Khairy itu dilaman Twitter rasminya @HishammuddinH20.

“Penangguhan PLKN 2015, seperti yg diumumkan PM @NajibRazak, memberi ruang kpd kita untuk kaji semula & tambah baik melalui Transformasi PLKN," tweet Hishammuddin.

Pada Selasa, dalam perutusan khas perdana menteri tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Putrajaya, mengumumkan bahawa PLKN ditangguh tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Tags / Kata Kunci: PLKN , KJ

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan