Bekas Duta Malaysia Ke Peru, Tebusan Tupac Amaru Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Duta Malaysia ke Peru, Datuk Ahmad Mokhtar Selat, 66, meninggal dunia pukul 7.30 malam Rabu.

Beliau menghembuskan nafasnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan jenazahnya dibawa pulang ke kediamannya di Kelana Jaya.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Al Ehsan, Kelana Jaya, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 8, Kota Damansara, Selangor pada 11.00 pagi Rabu.

Semasa berkhidmat sebagai duta Malaysia ke Peru pada 1996, Allahyarham merupakan salah seorang yang menjadi tebusan kepada kumpulan pemberontak Tupac Amaru.

Beliau juga terkenal dengan bukunya yang bertajuk "Tebusan Tupac Amaru" yang diterbitkan pada 1997.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan