Berlaku Trend Peningkatan Penyakit Leptospirosis, Melioidosis

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 9:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susulan kejadian banjir di beberapa negeri, Kementerian Kesihatan mendapati berlaku trend peningkatan penyakit leptospirosis dan melioidosis bagi tempoh 1 Januari sehingga 18 Januari.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejumlah 647 kes disyaki leptospirosis dilaporkan dan daripada jumlah itu, 110 kes disahkan dijangkiti penyakit tersebut.

Beliau berkata 49 kes disahkan di Kelantan, Terengganu (26), Perak (21) dan Pahang 14 kes.

"Dua sukarelawan dari Terengganu dan Melaka juga disahkan mengalami jangkitan leptospirosis, bagaimanapun dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Dr Noor Hisham berkata bagi tempoh sama, sebanyak 20 kes melioidosis dilaporkan dengan 13 kes di Pahang, Kelantan lima kes manakala masing-masing satu kes di Perak dan Johor.

Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia), disebabkan bakteria daripada genus Leptospira.

Ia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan liar lain.

Tanda-tanda jangkitan antaranya demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil, sakit otot, muntah, jaundis (penyakit kuning), radang mata, sakit perut, cirit-birit, batuk dan ruam di kulit.

Penyakit melioidosis pula ialah sejenis penyakit disebabkan jangkitan sejenis bakteria Burkholderia Pseudomallei yang berada di dalam permukaan air dan tanah.

Jangkitan boleh berlaku apabila terdedah secara langsung kepada tanah dan sumber air tercemar dengan bakteria tersebut dan jangkitan sering berlaku terutamanya sewaktu monsun atau musim hujan.

Mereka yang dijangkiti melioidosis akan menunjukkan pelbagai gejala klinikal antaranya luka pada kulit yang boleh menyebabkan ulser, bonjolan atau bernanah pada kulit, demam dan sakit otot.

Kedua-dua penyakit itu boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu untuk mengelak komplikasi serta kematian.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan