PLKN: Penangguhan Ke Arah Transformasi Program - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun ini bagi mentransformasikan semula program itu tidak akan menjejaskan pihak berkepentingan.

"Penangguhan setahun ini tidak akan menjejaskan operator kem PLKN, jurulatih dan mereka yang mempunyai jawatan tetap," katanya selepas menghadiri majlis perutusan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini pada Isnin.

Hishammuddin berkata satu makmal mengenai PLKN akan diadakan bulan depan yang akan melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk operator kem, jurulatih, wakil ibu bapa dan badan bukan kerajaan.

"Makmal yang akan diadakan dengan semua pemegang taruh itu adalah bagi memastikan mereka memahami ke mana kita nak bawa PLKN selepas 10 tahun (program itu diadakan)," katanya.

Dalam perutusan khas pada Selasa, Najib mengumumkan bahawa PLKN ditangguh tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Pada Oktober tahun lepas semasa membentangkan Bajet 2015, Najib telah mengumumkan bahawa PLKN, yang telah mengeluarkan lebih 800,000 pelatih sejak diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof berkata pihaknya akan menunggu keputusan mengenai pelaksanaan program transformasi PLKN berserta pengenalan kursus baharu yang akan dibincangkan bulan depan dalam program makmal yang akan dianjurkan Kementerian Pertahanan.

"Setelah perbincangan itu selesai dan program dihasilkan, kami akan mengadakan latihan dan kursus kepada para operator dan jurulatih terhadap pelaksanaan program yang baharu itu nanti," katanya mengulas penangguhan PLKN tahun ini. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan