Perutusan Khas: Penyediaan Bantuan Mangsa Banjir

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu daripada tiga strategi dirangka bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh dan mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini adalah penyediaan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan serta membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

Ia dibentangkan pada Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400,000 mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir RM2.9 bilion.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir menerusi Strategi Ketiga ini adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta sebagai bantuan permulaan untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan RM800 juta untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terlibat; dan

Menghulur sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan RM100 juta disediakan kepada TEKUN dan RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS serta perusahaan mikro;

BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan;

Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan  perbankan;

Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga RM50,000 pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran;

Selain itu, sejumlah RM500 juta akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas;

Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan