Kembar Siam: Rosli Tetap Tolak Tawaran LZS

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 7:00 AM

Gambar Rosli bersama Ahmad dan Muhammad yang dirakamkan beberapa tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rosli Abdul Rahim, bapa kepada pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, tetap menolak tawaran Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk memberi bantuan zakat kategori asnaf fakir dan miskin kepada keluarganya.

Menurut lelaki berusia 44 tahun itu, tawaran tersebut ditolak bukan kerana 'sombong' tetapi merasakan lebih ramai lagi keluarga yang layak menerima bantuan itu berbanding mereka.

"Saya tak nak terima bantuan itu (asnaf fakir miskin)... bukan saya sombong tapi saya rasa ada yang lebih susah daripada kami. Berikanlah kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya kepada mStar Online.

Tawaran yang pernah diberikan LZS kepadanya sebelum ini juga ditolak dengan alasan sama, malahan tambah Rosli, beliau tidak mahu ia disalahguna untuk perkara yang tidak sepatutnya.

"Wang zakat ini membabitkan urusan kita dengan Allah, jadi ia tidak boleh digunakan sesuka hati. Lebih baik saya terima bantuan yang sememangnya diperlukan oleh kedua-dua anak saya itu sahaja," katanya.

Jelas Rosli, beliau masih lagi mampu menyara makan dan minum keluarga besarnya itu menggunakan kudrat yang masih kuat sehingga hari ini.

"Saya masih boleh menyara keluarga. Syukur kerana saya masih diberi kesihatan yang baik. Sekiranya saya sakit, itu lain ceritalah," katanya.

Ahmad (kanan) dan Muhammad bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hujung tahun ini dan bersekolah di Tingkatan Lima SMK USJ 23, Subang Jaya. - foto mStar Online.

Justeru, Rosli tetap dengan keputusan untuk hanya menerima bantuan zakat mengikut asnaf gharimin bagi menampung perbelanjaan bulanan membeli lampin pakai buang dan beg najis dua anak istimewanya itu.

"Saya hanya akan terima bantuan untuk perubatan dan keperluan anak saya sahaja. Bantuan ini (asnaf gharimin) pun saya rasakan sudah cukup untuk membantu along dan angah (Ahmad dan Muhammad)," katanya.

Baru-baru ini, LZS mengulangi tawaran pemberian bantuan zakat fakir dan miskin untuk dipertimbangkan semula bapa remaja istimewa itu.

Sebelum ini, pasangan adik-beradik itu layak menerima bantuan zakat kategori asnaf gharimin selama dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014, bagaimanapun ia tidak dituntut kerana prosesnya yang tidak begitu 'mesra' pelanggan.

Pengurus Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (LZS), Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan pihaknya, keluarga Rosli layak memohon bantuan fakir miskin tetapi ditolak.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai borang permohonan terbaharu bantuan asnaf gharimin untuk Ahmad dan Muhammad, Rosli berkata, isterinya akan menyerahkan borang tersebut dalam tempoh terdekat.

"Hari ini, saya tak boleh nak hantar isteri saya. Lagipun surat pengesahan doktor masih belum sempat diambil. Namun borang itu akan diserahkan sama ada esok atau paling lewat dalam minggu ini," katanya.




 


Tags / Kata Kunci: kembar siam , Lembaga Zakat Selangor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan