Nyatakan Kumpulan Etnik Dalam Ruangan 'Lain-Lain' - Pairin Kitingan

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 8:27 AM

Joseph Pairin Kitingan

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu penduduk Sabah menyatakan etnik mereka secara spesifik ketika mengisi borang dalam ruangan 'Lain-Lain' untuk kategori bangsa.

"Tidak perlu bercakap lagi. Kita hanya perlu menghapuskan frasa 'Lain-Lain' dan menggantikannya dengan bangsa atau kumpulan etnik masing-masing. Lakukan sahaja," kata Pairin, yang merupakan Huguan Siou  atau pemimpin agung masyarakat Kadazandusun.

(Borang-borang kerajaan memberikan pilihan bangsa Melayu, Cina, India dan kategori 'Lain-Lain' untuk diisi pemohon)

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata masyarakat etnik juga akan membantu pihak berkuasa dalam usaha pengumpulan data dengan menyatakan bangsa dalam borang kerajaan.

Beliau mengulas langkah kerajaan Sarawak yang memerlukan kaum dinyatakan secara spesifik dalam borang rasmi berkuat kuasa serta merta.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata mereka daripada masyarakat peribumi seperti Iban, Bidayuh, Melanau kini boleh menentukan bangsa mereka dalam dokumen-dikumen yang disediakan.

Adun Bingkor Datuk Dr Jeffery Kitingan berkata menghapuskan kategori 'Lain-Lain' sudah lama tertangguh.

Jeffrey, adik kepada Pairin, berkata kerajaan Sabah perlu mencontohi langkah Sarawak dan menghapuskan kategori 'Lain-Lain' dalam borang rasmi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan