Mahfuz Nak Bantu Sirul Rungkai Misteri Kes Altantuya

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa ada motif tersembunyi di sebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menawarkan diri untuk membantu Koperal Sirul Azhar Umar yang dikenakan hukuman gantung bagi merungkai misteri kes tersebut.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu sedia membantu anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu kerana mendakwa mahkamah tidak mendedahkan motif sebenar yang menyebabkan kematian wanita warga Mongolia itu.

"Saya tak pertikai keputusan mahkamah tapi saya musykil kenapa tak dinyatakan motif pembunuhan. Saya rasa ada dalang dibelakangnya. Jadi saya rasa dia (Sirul) perlu diberi ruang untuk perjelaskan mengenai perkara itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Selasa.

Justeru beliau menggesa Sirul untuk menghubunginya supaya pertemuan antara mereka dapat diadakan bagi mendapatkan maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

"Sirul boleh hubungi saya di talian 019-4422685 atau WhatApps, menerusi Facebook atau e-mel ke mahfuz455@yahoo.com bagi merungkai segala pertanyaan mengenai kes ini," katanya.

Sekiranya pertemuan tidak dapat diadakan, beliau meminta Sirul  menghantar rakaman mengenai penjelasannya berhubung perkara itu.

Malah, beliau sedia bekerjasama dengan polis dan menyerahkan rakaman tersebut bagi membantu siasatan.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri kerana membunuh  Altantuya sembilan tahun lepas.

Bagaimanapun, Sirul Azhar gagal hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes ekoran berada di Australia.

Malah, Mahfuz berkata, beliau juga akan bertemu dengan keluarga Sirul di Perak menerusi bantuan ahli parti itu di sana.

Ketika ditanya adakah tindakan tersebut dilihat satu usaha untuk meraih publisiti, Mahfuz menafikannya, sebaliknya berkata, ia dilakukan kerana tersentuh dengan rintihan ibu Sirul yang mahu anaknya pulang.

"Saya menitiskan air mata apabila mendengar rintihan ibu Sirul mengenai tindakan anaknya itu dilakukan mengikut arahan," katanya.



 


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan