Lapan Bekas Pegawai Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang - Azmin

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 10:07 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lapan bekas pegawai kontrak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal memulangkan pampasan berjumlah RM2.3 juta kepada kerajaan negeri, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, keputusan itu diambil berikutan tempoh dua minggu yang diberi untuk mereka menjawab tuntutan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) supaya memulangkan wang pampasan itu tamat pada Isnin.

Azmin berkata, pihak guaman pengurusan MBI telah diarah untuk melakukan tindakan selanjutnya berhubung proses undang-undang berkenaan.

"Tempoh dua minggu yang diberikan kepada kesemua bekas pembantu Abdul Khalid berakhir semalam dan mereka menolak untuk pulangkan semula wang pampasan berkenaan.

"Oleh itu, kita berpendirian untuk teruskan dengan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Pegawai Komunikasi Korporat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini Selasa.

Lapan bekas pegawai kontrak itu yang menerima pampasan antara RM114,870 hingga RM699,000 seorang sebelum ini diberi tempoh dua minggu untuk memulangkan semula wang berkenaan.

Dalam pada itu, Azmin berkata lapan bekas pegawai kontrak berkenaan bagaimanapun tetap akan diberi pampasan namun jumlahnya mengikut peruntukan sedia ada.

Dakwanya, jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka sebelum ini telah melanggar peraturan kewangan kerajaan negeri termasuk syarat-syarat kontrak yang telah dipersetujui.

Katanya, pengurusan MBI akan membuat penelitian semula jumlah bayaran pampasan yang sepatutnya diterima bekas pegawai kontrak tersebut mengikut syarat yang terkandung dalam kontrak kakitangan berkenaan sebelum sebarang pembayaran semula dilakukan.

Sementara itu, seorang daripada mereka, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Hussin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan menyatakan pihaknya telah melantik peguam malah dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara itu.

Katanya sebarang surat, dokumen mahupun notifikasi hanya akan dijawab peguam berkenaan mengikut undang-undang sewajarnya bagi mengelakkan berlaku sebarang prejudis terhadap isu terbabit.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan