JKM Beri Perlindungan Kepada Lima Beradik Jika Ibu Tiri Didakwa - Chew

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 9:06 AM

Anggota polis mengawal bapa mangsa, berusia 34 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi perlindungan terhadap lima beradik tiri kepada kanak-kanak perempuan dipercayai dikurung dan didera di Sungai Dua, di sini, sekiranya ibu tirinya turut didakwa.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata JKM akan bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka yang berumur di bawah 18 tahun, jika polis mengambil keputusan untuk turut mendakwa ibu tiri kanak-kanak berkenaan.

"Untuk jaga kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah tanggungjawab JKM. Sekiranya ibu bapa kanak-kanak itu didakwa, JKM akan ambil tindakan dan memberi perlindungan pada mereka.

"Ini kerana jikalau ada apa-apa kesalahan pun anak-anak bukannya pihak yang buat salah, kebajikan mereka mesti diambil kira," katanya pada sidang akhbar selepas melawat kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini Isnin.

Hadir sama pengarah HSJ Dr Azlina Muhamad Radzi dan pengarah JKM Pulau Pinang Dr Zaitol Salleh.

Polis mendapat perintah lanjutan reman selama tiga hari terhadap bapa kanak-kanak itu bermula hari ini dan polis juga mengambil keterangan ibu tiri kanak-kanak itu Sabtu lepas.

Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid tahun satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. 

Susulan itu, pihak polis menahan bapa mangsa, berusia 34 tahun bagi membantu siasatan. 
Chew berkata buat masa ini kanak-kanak itu masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan pihaknya turut menggiatkan usaha mencari waris mangsa.

"Sekiranya waris kanak-kanak ini tidak dijumpai, perintah meletakkan sementara dia di rumah kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas, dekat sini akan diambil sehinggalah kanak-kanak ini diserahkan kepada anggota keluarganya atau orang yang layak dan sesuai (menjaganya)," tambahnya. 

Sementara itu, Dr Azlina berkata pihaknya memberi makanan secara berperingkat kepada kanak-kanak itu dan akan mengambil masa selama sebulan bagi mengembalikan berat ideal murid tahun satu itu.

"Dia dah lama tak diberi makan, jadi kita beri dia makanan secara perlahan-lahan sehingga dia boleh capai berat badan yang memuaskan. Buat masa ini dia belum boleh lagi makan makanan pepejal. Sekarang berat dia sudah naik dua kg kepada 10 kg dan kita cuba untuk capai 15 ke 20 kg," katanya.
Tags / Kata Kunci: JKM , Datin Paduka Chew Mei Fun

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan