Serangan Terbaharu Kumpulan Sulu Tidak Mustahil Berlaku - Pakar Akademik

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 2:05 PM

Agbimuddin Kiram meninggal dunia akibat serangan jantung pada minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Sabah tidak mustahil akan berlaku lagi walaupun ketua kumpulan tersebut yang terlibat dalam serangan di Lahad Datu pada 2013 telah meninggal dunia.

Pakar akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Wan Shawaluddin Wan Hassan berkata, kematian Raja Muda Agbimuddin Kiram tidak mungkin mengurangkan ancaman keselamatan yang ditimbulkan kumpulan bersenjata itu.

Menurutnya, lelaki bersenjata tersebut yang sebahagian besarnya terdiri daripada keturunan Tausug dan mereka mungkin mahu membalas dendam terhadap kematian ahli kumpulan mereka dua tahun lalu.

"Mereka menghadapi kehilangan besar dan ia pertumpahan darah. Semuanya mengenai dendam dan saya tidak lihat kematian Agbimuddin akan mengubah apa-apa," kata Wan Shawalluddin yang juga seorang pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial UMS.

Beliau berkata, sebahagian rakyat di selatan Filipina yang berketurunan Tausug itu melihat Malaysia sebagai satu kuasa penjajah yang menduduki Sabah yang mereka anggap masih wilayah nenek moyang mereka.

Wan Shawalluddin memberitahu kumpulan bersenjata Sulu ini mungkin menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam kepada Malaysia.

Dalam hal ini, beliau berkata pasukan keselamatan Malaysia perlu mengambil pendekatan yang sewajarnya untuk memantau keadaan di sepanjang pesisir pantai Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa melihat kebangkitan ancaman Sulu sebagai tidak mustahil akan berlaku selepas Agbimuddin mempunyai penggantinya.

Agbimuddin dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Simunul, Tawi-Tawi, pada Selasa lalu lapor portal berita Rappler.com.

Portal berita Filipina itu mengatakan Agbimuddin meninggal dunia di kampung halamannya Pulau Tawi-Tawi.

Ketika dihubungi di Manila, jurucakap Esmail Kiram, Abraham Idjirani berkata keluarga itu menamakan adik bongsu mereka, Datu Ahugdal Kiram, 68, sebagai pengganti Raja Muda.




Tags / Kata Kunci: Sabah , Agbimuddin Kiram

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan