Banjir: 19 Sekolah Di Perak Dibuka Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 12:35 PM

Murid-murid di 19 sekolah di Perak yang terjejas akibat banjir kembali memulakan sesi persekolahan mereka.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kesemua 19 sekolah di Perak, yang terpaksa menunda sesi persekolahan 2015 selama seminggu kerana dilanda banjir atau dijadikan pusat pemindahan, memulakan sesi pembelajaran pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata pada 14 Jan lepas, mesyuarat dengan semua pengetua dan guru besar dari sekolah berkenaan memutuskan semua sekolah itu beroperasi semula hari ini.

"Ketua-ketua sektor Jabatan Pelajaran Negeri dan ketua Pejabat Pelajaran Daerah turun padang membantu (persediaan) sekolah terlibat banjir bagi memastikan ia boleh beroperasi hari ini," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan 41 sekolah termasuk 19 sekolah di Perak yang terbabit banjir dibenarkan menunda sesi persekolahan 2015 selama seminggu lagi iaitu dari 11 hingga 15 Jan bagi Kelantan dan 12 hingga 16 Jan bagi Perak dan Pahang. 

Kesemua sekolah di Perak Tengah dan Manjung yang memulakan sesi persekolahan pada Isnin ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, SK Bandar Tua, SK Pulau Tiga Kiri, SK Tok Pelita, SK Lambor Kanan, SK Tanjung Bidara, SK Pasir Panjang Hulu, SK Pulau Juar, SK Selat Pulau, SK Changkat Banjar, SK Pasir Kubu dan SK Teluk Kepayang.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzaffar Shah 1, SMK Sungai Ranggam, SMK Dato Maharajalela, SABK Ehyak Diniah, SMK Lambor Kiri, SK Kayan dan SJK (T) Kayan juga dibuka pada Isnin.

Muhammad Amin berkata keadaan banjir sudah reda di beberapa lokasi namun, laluan ke SK Pulau Juar dekat Kampung Gajah di sini, masih dinaiki air.

"Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru memberi komiten menyediakan pengangkutan untuk murid ke sekolah kerana terpaksa melalui kawasan berair itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: sekolah , Perak

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan