Sampel Epal Disyaki Tercemar Bakteria Akan Diambil

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 1:26 PM

Dr S Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Isnin telah mengarahkan kementeriannya untuk mengambil sampel epal jenis Gala dan Granny Smith yang disyaki dicemari bakteria 'Listeria monocytegenes' di Sarawak.

Menerusi semakan laporan awal, Subramaniam berkata terdapat kemungkinan terdapat satu atau dua syarikat pengimport di Sarawak mengimport buah berkenaan dari Amerika Syarikat yang dikhuatiri dicemari bakteria tersebut.

Justeru sebagai langkah berjaga-jaga, beliau telah menghubungi Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Noraini Mohd Othman, pagi ini untuk segera mengambil sampel epal tercemar khususnya di Sarawak bagi menentukan sama ada ia dicemari bakteria ataupun tidak.

"Pada masa yang sama, saya juga telah minta pihak kementerian adakan perbincangan dengan Atase Pertanian dari kedutaan Amerika Syarikat bagi memastikan kita mendapat maklumat lebih terperinci mengenai epal yang dieskport dari AS ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Hospital Kemaman di sini, Isnin.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohamad Nor dan Pegawai Kesihatan Daerah Dr Mohd Anuar Abdul Rahman.

Menurut Subramaniam, epal yang dikesan dicemari bakteria tersebut hanyalah satu tempat di Amerika Syarikat sedangkan negara itu mempunyai banyak ladang yang mengeluarkan epal.

Semalam, Kementerian Kesihatan menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith diimport daripada Amerika Syarikat (AS) bernilai RM82,000 dalam pemeriksaan di Kuching dan Sibu, Sarawak berikutan epal keluaran syarikat Bidart Brothers, dari Bakersfield, California dikhuatiri dicemari bakteria yang boleh menyebabkan sehingga kematian.

Antara tanda awal gejala serangan penyakit bawaan makanan itu ialah sakit kepala, muntah, demam dan kekejangan pada leher dan orang ramai juga dinasihatkan agar tidak panik kerana hanya dua jenis epal tersebut disahkan tercemar manakala epal lain masih selamat untuk dimakan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Tags / Kata Kunci: epal , 'Listeria monocytegenes'

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan