500 PPR Gua Musang Ditawar Kepada Mangsa Banjir Kuala Krai - Abdul Rahman

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 3:05 PM

PPR Gua Musang yang ditawarkan kepada mangsa banjir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 500 daripada 1,000 rumah sementara Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Gua Musang akan ditawarkan kepada mangsa banjir dari Kuala Krai yang turut kehilangan rumah baru-baru ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tawaran itu dibuat setelah mendapati hanya 500 keluarga dari Gua Musang yang terlibat akan mendiami rumah PPR yang ditawarkan.

Katanya, bagaimanapun jarak antara Kuala Krai dan Gua Musang yang jauh mungkin menjadi faktor sesetengah mangsa enggan berpindah ke penempatan sementara itu.

"Ada juga yang enggan untuk pindah ke Gua Musang buat sementara waktu sebelum perumahan kekal mereka siap dibina kerana jarak yang agak jauh dari kawasan asal mereka," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaya (UM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta melancarkan Program Komuniti Kesedaran Keselamatan kebakaran di sini, Isnin.

Katanya, kerajaan sudah mempunyai keputusan berkaitan jenis dan reka bentuk rumah baharu yang bakal dibina bagi menggantikan rumah mangsa banjir yang musnah dan perkara itu akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

Paling senang sekarang ialah kita kumpulkan mereka dalam satu kawasan dan bina rumah teres, rumah panjang atau khemah yang dibuat dalam satu kawasan tapi nampaknya ada rasa tidak puas hati sedikit berikutan faktor lokasi," katanya.

Beliau berkata Kerajaan Pusat komited untuk membantu membina semula rumah yang musnah akibat banjir dan berusaha memenuhi setiap permintaan mangsa dengan menyediakan pelbagai pelan penyelesaian.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat perolehan tiga unit helikopter baharu dan alatan tambahan sebagai persedian menghadapi ancaman banjir pada masa akan datang.

"Sebahagian daripada peruntukan RM500 juta yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diperuntukkan kepada JBPM untuk beli peralatan yang sesuai dalam urusan menangani masalah banjir," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata, MoU antara UM dan JBPM adalah perkongsian pintar dua institusi itu dalam menjalankan penyelidikan dan menyediakan kurikulum pengajian merekabentuk bangunan dengan sistem keselamatan lebih canggih.




iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan