Banjir: Operasi Pembersihan 239 Sekolah Di Kelantan, Pahang, Perak Selesai

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 5:42 PM

Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (depan,kanan) mengetuai sukarelawan KIMMA bergotong-royong membersih Sekolah Kebangsaan Temai yang terjejas banjir, di sini, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua 239 sekolah terjejas banjir di Kelantan, Pahang dan Perak telah selesai dibersihkan dan proses pembelajaran serta pengajaran dapat dimulakan, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, ia adalah hasil komitmen lebih 40,000 sukarelawan terdiri daripada kakitangan serta mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta tempatan.

Pada 1 Januari lepas, Kementerian Pendidikan melancarkan Ops Pasca Banjir untuk membantu mangsa banjir menggunakan kepakaran dan tenaga staf dan mahasiswa Institut Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta tempatan.

Di Kelantan, katanya semua 165 buah sekolah yang terjejas banjir telah selesai kerja pembersihan oleh pasukan sukarelawan selama 18 hari operasi pembersihan.

"Ini termasuk lima sekolah yang terakhir dapat dibersihkan. Sekolah Kebangsaan Tohoi and Sekolah Kebangsaan Balar yang terputus hubungan dan sukarelawan tidak boleh sampai, telah dibersihkan oleh guru-guru dan masyarakat setempat," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

"Operasi pembersihan ini merupakan pencapaian cemerlang dan sesuatu yang membanggakan. Bagaimanapun, masih terdapat sekolah-sekolah yang perlu dibersihkan di ruang stor, musolla, laman dan persekitaran," katanya.

Idris berkata, ia boleh dilaksanakan oleh warga sekolah dan sukarelawan setempat memandangkan tumpuan awal Ops Pasca Banjir adalah bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan secepat mungkin.

Di Pahang pula, kesemua 67 sekolah terjejas banjir telah selesai dibersihkan termasuk tujuh sekolah yang selesai hari ini dan telah bermula sesi persekolahan Isnin.

Di Perak, semua baki tujuh sekolah terjejas banjir di Daerah Perak Tengah telah dibersihkan dan boleh digunakan untuk sesi persekolahan, katanya.

Tags / Kata Kunci: sekolah , Ops Pasca Banjir , Idris Jusoh

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan