MPPP Rampas Kerusi Meja Nasi Kandar Line Clear Tanpa Notis

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada Isnin merampas kerusi dan meja premis nasi kandar 'Line Clear' kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Pengusaha restoran nasi kandar terkenal itu, Abdul Hamid Seeni Pakir, 65, mendakwa Restoran Line Clear yang beroperasi 24 jam itu didatangi sepasukan anggota penguatkuasa pada pukul 3.30 pagi dan mengangkut kira-kira 30 kerusi dan meja di kaki lima premis itu.

"Masa itu ada kira-kira 20 pelanggan di kedai dan pekerja hanya tengok penguatkuasa angkut barang itu masuk ke dalam lori mereka," katanya kepada pemberita di kedainya di Jalan Penang di sini.

Rakaman CCTV menunjukkan anggota MPPP merampas kerusi dan meja premis perniagaan nasi kandar Line Clear.

Beliau yang mengaku berniaga tanpa lesen sejak memegang giliran berniaga di premis itu pada 2008,mendakwa tidak menerima sebarang notis dan penjelasan daripada MPPP berhubung perkara itu.

Abdul Hamid berkata beliau dan tiga pewaris lain restoran yang diasaskan bapanya itu mengamalkan sistem giliran iaitu setahun operasi bagi setiap seorang sejak 1950-an.

Abdul Hamid berkata beliau pernah memohon lesen sekurang-kurangnya lima kali iaitu pada 2006, 2009, 2010, 2011 dan 2012 namun tidak diluluskan MPPP.

Sementara itu, Jabatan Korporat Bahagian Perhubungan Awam MPPP berkata tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja 1979.

"Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan kerana pengusaha berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015," kata jabatan itu dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu menyebut MPPP telah mengeluarkan lesen kepada pengusaha baharu mengikut keputusan yang dibuat MPPP pada 8 Okt tahun lepas.

Dalam sidang akhbar 2 Jun tahun lepas, Pengarah Bahagian Pelesenan MPPP Azman Sirun berkata menurut rekod, lesen telah dikeluarkan atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.

Tags / Kata Kunci: Nasi Kandar Line Clear

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan