Kembar Siam: LZS Tawar Semula Dua Kategori Bantuan

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 7:00 AM

Ahmad (kanan) dan adiknya, Muhammad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Prihatin dengan kesusahan yang dialami keluarga pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli,  Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengulangi tawaran pemberian dua kategori bantuan zakat untuk dipertimbangkan semula bapa remaja istimewa itu, Rosli Abdul Rahim.

Sebelum ini, pasangan adik-beradik itu layak menerima bantuan zakat kategori asnaf gharimin selama dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014, bagaimanapun ia tidak dituntut kerana prosesnya yang tidak begitu 'mesra'.


Baru-baru ini, LZS turut menawarkan bantuan asnaf fakir dan miskin kepada keluarga tersebut selepas mendapati mereka layak menerima bantuan dibawah kategori tersebut tetapi Rosli dikatakan enggan menerimanya kerana menganggap masih mampu menyara keluarganya.

Pengurus Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (LZS), Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan pihaknya, keluarga Rosli layak memohon bantuan fakir miskin.

"Malahan, kami dapati keluarga itu bukan sahaja layak mendapatkan bantuan asnaf gharimin tetapi juga fakir dan miskin. Selepas pengiraan had kifayah kami dapati dia (Rosli) memang layak untuk bantuan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Norajun berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa Rosli menolak untuk menerima bantuan tersebut.

"Dia maklumkan kepada pegawai kami yang datang ke rumahnya bahawa enggan menerima bantuan itu (fakir miskin). Kami tidak tahu kenapa dia menolak tawaran itu. Dia hanya mahukan bantuan untuk membeli barangan keperluan dua anaknya itu," katanya ketika ditemui mStar Online di pejabat LZS di Shah Alam, baru-baru ini.

Walaupun Rosli menolak tawaran tersebut, Norajun Ainun berkata, pihak LZS berharap beliau dapat mempertimbangkan semula tawaran tersebut demi masa depan kesemua anaknya.

"Kita harap dia fikir semula mengenai tawaran ini. Sekurang-kurangnya fikirkanlah demi masa depan anak-anak terutamanya Ahmad dan Muhammad yang turut cemerlang di dalam akademik," katanya.

Jelas beliau, dibawah bantuan tersebut, LZS dapat memberikan bantuan kaki palsu dan kerusi roda kepada Ahmad dan Muhammad sekiranya mereka memohon untuk mendapatkannya.

Malah, Norajun berkata, jika pasangan adik-beradik itu mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT), LZS akan membiayai yuran pengajian dan peralatan keperluan pendidikan mereka nanti.

"Sayang jika dia tidak menerima tawaran tersebut. Kami harap dia pertimbangkan semula tawaran ini demi masa depan keenam-enam anaknya. Kita sedia bantu apa sahaja kesulitan yang dihadapi keluarga itu," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai bantuan kepada pasangan kembar siam tersebut, Norajun berkata, pihak LZS telah meluluskan permohonan yang dikemukakan bapa mereka dua tahun lalu iaitu pada 2013 dan 2014 dibawah kategori asnaf gharimin.

Katanya, pihak LZS telah menghantar surat jaminan kelulusan (GL) kepada Rosli untuk tempoh tersebut.

Namun, beliau berkata, Rosli hanya membuat tuntutan perubatan untuk membeli lampin pakai buang dan beg najis selama dua bulan sahaja iaitu pada Ogos dan Disember 2013 dan tiada sebarang tuntutan pada 2014.

"Kedua-dua permohonan yang dikemukakan telah diluluskan tapi kita tidak tahu kenapa dia tidak buat tuntutan pada 2014. Dia buat tuntutan selama dua bulan sahaja pada 2013," katanya.

Beliau berkata, dibawah bantuan asnaf gharimin pemohon dikehendaki membeli barangan keperluan yang dinyatakan dalam borang permohonan di kedai pembekal dengan menunjukkan surat GL menggunakan wang sendiri terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan di pejabat LZS yang berdekatan.

"Mereka akan bawa bersama surat GL untuk membeli barangan keperluan sebelum buat tuntutan semula di pejabat zakat. Proses untuk mendapatkan semula wang tuntutan adalah selama 14 hari," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Norajun berkata, bagi bantuan asnaf gharimin, pemohon hendaklah memperbaharui permohonan mereka selepas tamat tempoh bantuan diberikan setiap tahun dengan jumlah bantuan ditentukan mengikut kes masing-masing.










Tags / Kata Kunci: kembar siam , Lembaga Zakat Selangor

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan