Bina, Ganti Rumah Rosak Akibat Banjir Mesti Dipercepat - Najib

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 9:46 AM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua program berkaitan bantuan kepada penduduk terjejas banjir termasuk pembinaan dan penggantian semula rumah yang rosak, dilakukan secepat mungkin. 

Beliau berkata masalah serta penderitaan rakyat yang terjejas akibat bencana alam itu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, dan ia mesti ditangani dalam tempoh terdekat.
 
"Walaupun banjir sudah surut tapi masalah penderitaan rakyat mestilah diselesaikan secepat mungkin.

"Terima kasih juga kepada agensi kerajaan dan sukarelawan yang terlibat dalam membantu menangani masalah banjir ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, Isnin.

Najib berkata semua pihak perlu mengambil iktibar daripada banjir baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai luar biasa, dan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan malapetaka secara lebih serius.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jan lepas berkata kabinet bersetuju supaya rumah yang tidak rosak sepenuhnya diberi bantuan pada kadar antara RM5,000 dan RM10,000.

Selain itu, bagi mangsa yang mempunyai tanah tetapi rumah mereka hanyut atau rosak 100 peratus akibat banjir, kabinet juga bersetuju untuk membina semula rumah di tapak mereka dengan model dipersetujui kabinet, bernilai RM48,000 sebuah.

Pada perhimpunan itu, Najib turut menerima sumbangan sebanyak RM425,236 bagi Tabung Bencana Banjir hasil sumbangan kakitangan JPM, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) serta individu.
Tags / Kata Kunci: banjir , Najib Tun Razak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan