Wira Insiden Di Simunul, Semporna Ketuai 77 Penerima Pingat Kedah

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 1:50 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pegawai polis, Asisten Supritendan Mohamad Hasnal Jamil mengetuai senarai 77 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri bersempena Hari Keputeraan ke-87 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Ahad.

Anak jati Kedah ini, yang dilahirkan pada 31 Mei 1982 di Pendang, merupakan penerima tunggal Bintang Keberanian Kedah (BKK).

Beliau terlibat dalam insiden berdarah di Kampung Air Simunul, Semporna pada 2 Mac 2013 yang mengakibatkan 10 musuh ditembak mati, 14 ditangkap manakala enam anggota keselamatan pula terkorban.

Dalam kejadian yang menggemparkan negara itu, Mohamad Hasnal mengalami kecederaan parah dengan bahagian kepalanya luka akibat ditetak dengan kapak, tangannya hampir putus juga akibat ditetak, manakala tubuhnya terkena tiga tembakan dengan satu tembakan menembusi perutnya.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dianugerah pingat Jaksa Pendamai (JP) bersama-sama 18 penerima yang lain.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pula merupakan penerima tunggal Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Bagi pingat Datuk Bergelar Negeri Kedah yang membawa gelaran Orang Besar Enam Belas (Datuk Jaya Budiman), penerima tunggal ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Mohd Puat Mohd Ali.

Tujuh orang menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira iaitu Pengerusi HMS Oil and Gas Sdn Bhd Datuk Norazman Hamidun, Timbalan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Kedah Datuk Tan Son Lee, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Maznah Abd Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd Datuk Seri Jamil Bidin, Pengarah Urusan SH Synergy Corporation Sdn Bhd Datuk Seri Chin Seak Huat, Pengarah Kanan Boustead Holdings Berhad Datuk (Dr) Megat Abdul Rahman Megat Ahmad dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group Datuk Louis Ng Chun Hau.

Terdapat tiga penerima Darjah Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Tanah dan Galian Datuk Seri Azemi Kasim, Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Angkatan Tentera Malaysia Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang dan Pengerusi Eksekutif Binary Universiti Datuk Prof Joseph Andakalam.

Bagi Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk, terdapat 41 penerima termasuk Duta Besar Malaysia ke Finland Puan Sri Blanche Olbery dan dua exco Kedah, Badrol Hisham Hashim serta Norsabrina Mohd Noor.

Penerima lain ialah Pegawai Daerah Kulim Datin Sepiah Isa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani A.Rahman Zainol, Pegawai Daerah Langkawi Mohd Fuzi Mohaidin, Pegawai Daerah Kubang Pasu Zahari Ismail, Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Ramli Din; Panglima Wilayah Laut 3 Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Pertama Muhamad Ridzwan Abd Rahman, Komandan Kolej Tentera Udara Brig Jen Sardon Hassan, Komandan Maktab Polis Senoir Asisten Komisioner Dr Yew Chong Hooi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Polis Diraja Malaysia Senior Asisten Komisioner Siti Rohana Ahmad, Pegawai Kemajuan Negeri Kedah Hadzir Md Zain.

Turut dianugerah DSDK ialah Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Paduka Annies Md Ariff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan Datuk Nasir Mat Dam, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat Zulkiply Ramli, Pengurus Besar Operasi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah Abd Rahim Man; Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Abdullah Md Din, Ketua Jabatan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah Dr Shah Kamal Khan Jamal Din, Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri Sharifuddin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nadi Building Datuk Mohamad Elkany Tan Sri Datuk Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera JPM, Mohd Husni Mohamad Salleh.

Turut sama dianugerah DSDK ialah Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Ismail Salleh, Pengasas Maktab Mahmud Padang Terap dan Pondok Pak Teh Mat Ahmad Mohd Nor, Presiden Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd Annuar Mohd Saffar, Ketua Pegawai Operasi Sustainable Energy Development Authority Malaysia Ir Dr Ali Askar Sher Mohamad; Pengarah Eksekutif Management and Science University Uzaimi Ibrahim, Pengarah Eksekutif Kedah Industrial Skills Development and Management Centre  Wan Ismail Che Ibrahim, Pengerusi Koperasi Permodalan Guru-guru Agama Baharuddin Mohd Tahir, Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kedah Datuk Cheng Lai Hock; Pengarah Urusan First Solar Malaysia Sdn Bhd P'ng Soo Hong, Pengarah BDEC Resources Malaysia Sdn Bhd Rashidi Saidin, Pengarah Urusan Tah Chuan Dev Sdn Bhd Tan Kok Hooi, Presiden Persatuan Badminton Kedah Teoh Teng Chor, Pengarah Epic Valley Holdings Sdn Bhd Md Hashim Nordin Abd Manaf, Timbalan Pengerusi MCA Kedah Goh Chin Cheung; Ketua Umno Bahagian Pokok Sena Said Ali Syed Rastan, Pengurus Heap Guan Estate Khoo Chew Eow@Khee Seo Yau, Timbalan Pengerusi Kedah Medical Centre Amiruddin Abdul Satar, Ketua Wanita Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Salmah Mat Isa dan Gan Kong Meng daripada The Light Liner.

Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK Kehormat) yang membawa gelaran Datuk mempunyai tiga penerima iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd Georg Josep Fischer, Pengerusi Naam Sdn Bhd Dr Ravi Ponniah dan Timbalan Presiden Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd Peter Christian Halm.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyampaikan darjah dan bintang kebesaran tersebut di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, dekat sini, Ahad. -- Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan