Sabah Dicadang Tambah 7 Kerusi DUN

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sabah dijangka mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu dalam persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Negeri.

Walaupun jumlah sebenar belum dinyatakan secara rasmi, cadangan pertambahan kerusi DUN telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubungnya untuk dipertimbangkan.

Pengarah SPR Sabah, Datuk Md Idrus Ismail bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar kerusi baharu untuk Sabah, sebaliknya hanya mengatakan bahawa cadangan itu akan dipamerkan untuk maklum balas orang ramai pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sabah kini mempunyai 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen.

Parti-parti politik terutama yang mewakili masyarakat Kadazandusun seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Upko dilaporkan menuntut pertambahan kerusi di kawasan yang diwakili mereka berdasarkan pertumbuhan jumlah kerusi dan pengundi.

Antara kawasan yang dicadangkan ialah Bukit Garam (di bawah Parlimen Kinabatangan), Langkon (Kota Marudu), Sepagaya (Lahad Datu), Pandasan (Kota Belud), Limbahau (Papar), Mengkabong (Tuaran), dan Darau (Sepanggar).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan