Tuduhan Kempen 'Don't Mess With Melaka' Diciplak Tidak Berasas - Idris

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 2:04 PM

Idris ketika menunjukkan slogan terbaharu negeri itu, Don't Mess With Melaka baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kempen kebersihan 'Don't Mess With Melaka' diciplak sesuka hati daripada kempen 'Don't Mess Texas' adalah tidak berasas sama sekali, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, ini kerana pihaknya telah berhubung dengan pihak berkuasa di Texas, Amerika Syarikat dan mendapat maklum balas yang cukup menggalakan mengenai kempen 'Don't Mess With Melaka'.

"Mereka mengatakan alangkah baiknya jika satu dunia dapat amalkan kempen ini di negara masing-masing supaya kita dapat satu dunia yang bersih dan menawan, ia sekali gus menggalakan penduduk seluruh dunia bersifat amalkan kebersihan.

"Jadi tiada soal cetak rompak, hak cipta, ciplak dan sebagainya malah mereka (pihak berkuasa Texas) alu-alukan kempen Don't Mess With Melaka jadi kempen bersihkan negeri ini," katanya kepada Bernama di sini.

Kempen Don't Mess With Melaka dilancarkan Idris Mei tahun lepas merupakan kempen kebersihan utama dilaksanakan kerajaan negeri bagi memastikan Melaka kekal bersih, satu aspek penting bagi industri pelancongan.

Kempen Don't Mess With Texas dilancarkan pada tahun 1986 bertujuan mengurangkan masalah pembuangan sampah di kawasan jalan raya negeri itu dan dilaporkan kempen itu berjaya mengurangkan pembuangan sampah sehingga 72 peratus antara tahun 1986 hingga 1990.

Idris berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan sebarang maklum balas bagi memastikan kempen itu sentiasa sesuai dengan situasi di negeri ini.

"Sejujurnya saya tidak lihat tuduhan negatif ini sebagai pengacau, saya lihat ia sebagai satu penyeri yang mana orang ramai sebenarnya tahu kempen ini ada kerana jika sunyi sepi sahaja nampak macam tiada apa-apa pula kempen ini," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan kempen ini memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada agensi kerajaan dan swasta serta orang ramai yang perlu menjiwai kempen tersebut.

Harapkan kerajaan negeri sahaja memang sukar, semua pihak perlu memahami kempen ini dan seterusnya melakukan perubah dari dalam diri dan tidak membuang sampah, katanya.

Beliau berkata usaha menerapkan budaya kebersihan dalam kalangan orang ramai melalui kempen Don't Mess With Melaka bukanlah sebuah usaha yang dapat dilaksanakan sekelip mata, sebaliknya ia usaha berpanjangan dan konsisten yang memerlukan kerjasama semua pihak.

Tags / Kata Kunci: don't mess , Melaka , Idris Haron , Texas

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan