Jururawat Australia Saman AirAsia

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang wanita Melbourne menyaman syarikat penerbangan AirAsia selepas insiden pramugari terjatuh di atasnya sehingga mencederakan kaki.

Erin Crocker,36, menaiki pesawat tersebut dari Thailand pada 4 April tahun lalu ketika penerbangan berdepan dengan masalah gegaran udara sebelum dia terjatuh ke lantai.

Pramugari terbabit hilang pertimbangan dan jatuh ke atas kaki kanan Croker sehingga mendatangkan kecederaan dan memerlukan rawatan pembedahan, jelas laporan Herald Sun.|

Croker mengalami keretakan tulang, kecederaan ligamen dan pembentukan darah beku sehingga memaksa dia bercuti panjang.

Dia menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, hilang keselesaan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan, kata laporan itu .

Sebelum itu, Crocker dilaporkan menolak tawaran pembayaran daripada syarikat penerbangan itu  kerana mengambil iktibar daripada insiden penerbangan AirAsia Indonesi Qz8501 pada 28 lalu.

"Crocker tidak mahu meneruskan tuntutannya apabila dia mengetahui mengenai kemalangan QZ8501,tetapi kini dia bertekad untuk berjuang," jelas peguamnya, Nancy Yonan.

AirAsia tidak memberi respons terhadap laporan itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan