Anwar Sedia Bantu SPRM Siasat Daim

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 11:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika siasatan ke atas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dibuka.

"Jika mereka bertanya kepada saya, saya akan memberi kerjasama saya...tidak ada masalah. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu siasatan. (Bagaimanapun) mereka perlu profesional," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan belia Selangor di sini pada Ahad.

Anwar membuat laporan polis hampir 16 tahun lalu menuduh Daim memiliki berbilion-bilion ringgit dalam akaun bank di luar negara.

Malam Daim baru-baru ini menyatakan kesediaannya untuk disiasat oleh SPRM namun memberi amaran terhadap kumpulan tertentu yang cuba campur tangan dalam proses berkenaan.

Tegas Daim, akaunnya telah disiasat sebanyak dua kali sebelum 1999 dan beliau telah dibersihkan daripada sebarang salah laku.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Daim Zainuddin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan