Shabery Cheek Jumpa Warga Kementerian Bincang Isu Keselamatan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 7:26 PM

Shabery Cheek memberikan kenyataan media semasa keluar dari Hospital Putrajaya selepas melawat seorang penjawat awam wanita yang kini dirawat akibat di serang ketika bertugas di bangunan KKMM di Putrajaya pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan satu perjumpaan khas di kementeriannya bagi membincangkan aspek-aspek keselamatan di pejabat terutamanya untuk pekerja wanita, Isnin ini.

Perjumpaan yang akan melibatkan semua kakitangan kementerian itu diadakan susulan kejadian serangan ke atas seorang pekerja wanita oleh seorang pekerja penyelenggaraan lelaki di bangunan kementerian terbabit lewat petang Jumaat.

Ahmad Shabery pada Sabtu meluangkan masa melawat mangsa, Siti Maisarah Mohd Saad, 30, yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya akibat kecederaan teruk di muka dan kepala akibat serangan itu.

"Kita mahu jaminan keselamatan yang lebih kukuh di masa akan datang dan prosedur operasi standard (SOP) akan dikaji semula bagi memperbaiki tahap keselamatan para pekerja di kementerian," katanya kepada media di sini, Sabtu.

Katanya penambahbaikan SOP terbabit adalah penting terutama untuk memastikan pekerja wanita merasa lebih selamat menjalankan tugas mereka lebih-lebih ketika terpaksa menjalankan tugas lebih daripada waktu biasa.
 
Ahmad Shabery berkata serangan ganas ke atas wanita merupakan satu kejadian yang dianggap kejam terutamanya apabila kejadian berlaku di dalam bangunan pejabat.

"Pejabat sepatutnya tempat yang lebih selamat berbanding jenayah yang biasanya berlaku di jalan raya atau tempat letak kereta.

Kita berharap segala bentuk siasatan akan dibuat oleh pihak berkuasa dan mereka yang terlibat diambil tindakan sekeras-kerasnya, katanya.

Suspek yang berusia 30-an telah ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Shabery Cheek , isu keselamatan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan