SEED Salur Dana RM80 Juta Tumpu Wanita, Belia

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 11:45 PM

Rosmah Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) akan menyalurkan dana berjumlah RM80 juta dengan tumpuan kepada golongan wanita dan belia pada tahun ini.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata daripada RM80 juta itu, RM50 juta disediakan oleh Tekun Nasional manakala RM30 juta lagi oleh Amanah Ikhtiar Malaysia.

"Selain itu (dana tersebut), Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India di bawah Tekun Malaysia juga akan diperkasakan," katanya dalam ucapan pada majlis Malam Penghargaan Bersama Agensi-Agensi Kerajaan, Rakan-Rakan Strategik dan Media Massa anjuran SEED di sini, malam Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan.

Rosmah berkata sebanyak 22,499 perniagaan mendapat manfaat melalui agihan pinjaman mudah berjumlah RM500 juta daripada program kerajaan dan institusi kewangan pembangunan yang dilaksanakan oleh SEED.

Beliau turut menggesa SEED dan agensi kerajaan serta swasta yang berkaitan supaya membina jaringan stategik bagi memastikan khidmat terbaik dapat diberikan kepada masyarakat India, seterusnya menyumbang kepada pembangunan usahawan India di negara ini.

Selain itu, Rosmah berkata usahawan masyarakat India juga seharusnya bijak mengambil peluang yang disediakan kerajaan melalui SEED bagi melonjakkan kebolehsaingan mereka ke tahap lebih tinggi.

SEED adalah unit yang ditubuhkan di bawah Program Transformasi Ekonomi Masyarakat India di Jabatan Perdana Menteri.

Pada majlis itu, Saravanan menyampaikan trofi penghargaan daripada SEED kepada 45 agensi dan pelbagai organisasi termasuk Bernama, berikutan sumbangan dan kerjasama yang diberikan kepada SEED. 

Penolong Editor Bernama Hafizah Kamaruddin mewakili agensi berita itu menerima trofi berkenaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan dan Ketua Pegawai Eksekutif SEED Datuk Dr A T Kumararajah.


Tags / Kata Kunci: SEED , Rosmah Mansor

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan