Jabatan Meteorologi Kesan Ribut Tropika Mekkhala Di Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 11:48 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengesanribut tropika kuat (Mekkhala), kira-kira 1,154 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah, pukul 5 pagi Sabtu.
|
Dalam amaran kategori ketiga, jabatan itu berkata ribut yang bergerak kearah Barat-Barat Daya berkelajuan 15 kilometer sejam (kmsj) itu membawa angin kencang timur laut dengan kelajuan 60kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang dan Palawan dan dijangka berterusan sehingga Selasa (20 Jan).

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menurut satu kenyataan jabatan itu pada Sabtu. 

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kategori kedua dengan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching , Labuan dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Berikutan itu, jabatan itu juga mengeluarkan amaran untuk perairan di Malaysia bagi kategori kedua dengan angin kencang timur laut berkelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutun Labuan juga berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut jabatan itu, keadaan itu selain berbahaya kepada semua aktivitiperkapalan dan pantai juga akan menyebabkan kawasan pantai di Kelantan,Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Isnin ini (19) Jan).

Berikutan keadaan itu, Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan).   

Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan sehingga Selasa (20 Jan) dan keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, jabatan itu turut menjangkakan ribut petir di perairan Sarawak (Kuching, Mukah dan Bintulu) sehingga lewat pagi ini yang disertai angin kencang berkelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 4.5m dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai.

Keadaan yang sama dijangka turut berlaku di perairan Selangor dengan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5m. 

Tags / Kata Kunci: ribut tropika kuat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan