Isu Penutupan Kaunter PLKS Dibincang Kabinet Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 7:29 PM

Ka Siong dan Pengarah Urusan PenExpo Events Sdn Bhd Francis Wong (empat kanan) ketika gimik pembukaan 3rd Johor Career & Postgraduate Expo 2015 di Pusat membeli belah, Danga City Mall Johor Baru pada Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Isu penutupan kaunter bagi urusan pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing secara manual akan dibincangkan secara lebih terperinci pada mesyuarat kabinet minggu depan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perbincangan itu bertujuan melihat dan mengkaji pandangan yang diutarakan sesetengah pihak termasuk Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (SME) mengenai perkara terbabit. 

"Sebenarnya, ada beberapa persatuan telah tampil berjumpa dengan saya di pejabat mengenai perkara itu dan kita mahu melihat dan mengkaji pandangan-pandangan mereka...kenapa penutupan kaunter ini dilakukan secara tiba-tiba," katanya. 

Wee yang juga Timbalan Presiden MCA bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kerjaya dan Pasca Siswazah Johor, di sini, Sabtu. 

Bermula 5 Januari lepas, semua majikan tidak lagi boleh memperbaharui PLKS pekerja asing mereka secara terus dengan Jabatan Imigresen dan hanya boleh memperbaharuinya dengan menggunakan perkhidmatan sistem dalam talian MyEG.

Menurut Kementerian Dalam Negeri pembaharuan PLKS secara dalam talian MyEG itu dapat memendekkan tempoh memproses permohonan kepada satu atau dua hari selain mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter Jabatan Imigresen. 

Melalui sistem ini, masalah majikan yang dikatakan terpaksa bergantung kepada ejen (runner) untuk membuat permohonan juga dapat diatasi. 

Tags / Kata Kunci: PLKS , Dr Wee Ka Siong , MyEG

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan