Murid Yang Dipercayai Didera Kurang Nutrisi - Dr Hilmi

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 8:00 AM

Dr Hilmi Yahya

Dr Hilmi Yahya.

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kanak-kanak perempuan yang dipercayai dikurung dan didera di Butterworth semalam didapati lemah dan kurang nutrisi.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan doktor yang merawat kanak-kanak itu di Hospital Seberang Jaya, dia didapati lemah kerana tidak mendapat makanan yang secukupnya.
 
"Selain kurang nutrisi, kanak-kanak itu juga mengalami gangguan psikologi dan berada dalam ketakutan bila dihampiri orang. Mungkin mangsa trauma dengan kejadian itu (dera).
 
"Berdasarkan maklumat doktor yang merawatnya, terdapat kesan-kesan lebam lama dan baharu di badan kanak-kanak itu," katanya kepada pemberita pada majlis pemberian bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau hari ini.

Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai bapa mangsa bagi membantu siasatan.

Dr Hilmi berkata pihak hospital akan memberi rawatan sewajarnya kepada kanak-kanak itu terutama dalam memastikan tahap nutrisinya kembali seimbang.
 
"Kami akan memantau keadaan kanak-kanak itu dan menyediakan laporan kesihatan lengkap sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Dr Zaitol Salleh berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan trauma berikutan dikurung dan didera.
 

"Kaunselor menasihatkan agar kanak-kanak itu diberi peluang berehat dan bertenang. Kami akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas dia berada dalam keadaan stabila," katanya. 

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan